15 SEPTEMBER 2021, IPOH-Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menyampaikan taklimat kepada YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak berkenaan perancangan Hari Sukan Negara 2021 peringkat Negeri Perak. Taklimat ini telah disampaikan di Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Turut hadir sama Penolong Pengarah Sukan dan Pegawai Unit Pembangunan dan Penggalakkan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
15 SEPTEMBER 2021, IPOH-Hari ini merupakan sejarah yang tercipta bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Majlis Sukan Negeri Perak yang telah bekerjasama menyediakan satu Cadangan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Perak. Cadangan dasar ini telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Haji Saarani bin Haji Mohamad Menteri Besar Perak.
Cadangan Dasar Pembangunan Sukan OKU Negeri Perak ini telah diterima dengan baik dan mendapat respon yang amat positif daripada ssmua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak terutamanya YAB Menteri Besar Perak. Dasar ini merupakan inisiatif hasil cetusan idea YB Khairul Shahril Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua penggiat sukan OKU khususnya Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK
Diharapkan hasrat untuk melaksanakan dasar ini akan dapat direalisasikan demi pembangunan dan kecemerlangan sukan OKU di negeri Perak.
12 SEPTEMBER 2021, IPOH-Lawatan Pusat Latihan Memanah Para Negeri Perak oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah bin Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan keperluan bagi atlet-atlet para di negeri Perak dalam membuat persediaan sebelum memulakan program latihan menjelang pembukaan sepenuhnya sektor sukan dan rekreasi. Lawatan ini juga merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memastikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak ketinggalan khususnya dalam bidang sukan. Mengambil semangat kejayaan luar biasa Kontinjen Malaysia di sukan Paralimpik Tokyo 2020, atlet-atlet OKU sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak Kementerian.
Sebagai Kerajaan yang prihatin, YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada atlet-atlet memanah para negeri Perak dan kit sanitasi kepada jurulatih-jurulatih daripada sukan powerlifting, catur dan tenpin bowling para negeri Perak.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Sesi Perjumpaan Bersama Sukarelawan MyVac dan Petugas-Petugas di PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Turut hadir, YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dan YBhg. Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Sesi ramah mesra dengan petugas barisan hadapan dan sukarelawan MyVac di PPV tersebut, selain penyerahan kit sanitasi kepada Ketua dan petugas-petugas PPV di Stadium Indera Mulia. Seramai 979 sukarelawan MyVac telah di tugaskan di 25 PPV seluruh Negeri Perak.
Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah menganjurkan Program Pembangunan Komuniti - Taklimat Pendidikan Asas Anti Doping secara hibrid melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini melibatkan seramai hampir 200 orang peserta yang hadir secara atas talian dan terdiri daripada wakil persatuan sukan, persatuan sukan OKU, jurulatih, pegawai Majlis Sukan Negeri Perak dan pegawai-pegawai belia di seluruh negeri Perak.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah JBSN. YBhg. Dato’ Dr. dalam ucapannya menyatakan harapan agar semua penggiat sukan terutama para atlet mengamalkan budaya integriti dalam sukan, elemen Play True, Win Clean dan Fair play juga harus ditanam di jiwa semua yang terlibat. Nilai-nilai murni ini sentiasa diterapkan dalam apa jua aktiviti sukan selain daripada amalan disiplin dan pembangunan kendiri.
TELUK INTAN, 17 JUN 2021 –. Dalam lawatan tersebut beliau turut meninjau operasi PPV yang telah bermula sejak 3 Mei 2021 dan gerak kerja Sukarelawan Hilir Perak (HIPER) di sini.Tuan Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim hadir diiringi oleh En Mohd Halifi bin Ab. Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda merangkap Penyelaras MYVAC Negeri Perak dan disambut oleh Ketua PPV Dr Nurul Aini binti Abdul Rashid dan Penyelaras PPV En Mohamad Syahmi Mohd Anis.Dalam lawatan tersebut juga pihak Tealive Teluk Intan turut hadir menaja sumbangan minuman Tealive kepada semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan bertugas. DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK
LUMUT, 24 APRIL 2021 – Seramai tujuh orang sukarelawan MyVac di dalam daerah Manjung telah memulakan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang bertempat di Dewan Perumahan Penjawat Awam Amanjaya. Sukarelawan MyVac merupakan sukarelawan bukan kesihatan yang membantu dalam tugas-tugas seperti di stesen saringan, ruangan menunggu dan stesen pendaftaran. Sukarelawan ini terdiri daripada warga Manjung yang berumur 18 tahun ke atas terutamanya belia-belia yang ingin menyumbang masa dan tenaga bagi melancarkan Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Turut hadir memantau perjalanan hari pertama pembukaan PPV di daerah Manjung ialah Tuan Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
SERI MANJUNG, 3 APRIL 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung telah turut serta membuka booth Skim Perantisan Nasional di Program Temuduga Terbuka Dindings Poultry Processing Sdn Bhd di Kampung Aceh, Manjung. Pembukaan booth tersebut bertujuan untuk mempromosikan dan memberi khidmat nasihat berkenaan Skim Perantisan National kepada calon-calon temuduga di kilang tersebut dan kepada pengunjung program tersebut terutamanya belia menganggur. DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
SERI MANJUNG, 7 APRIL 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung telah menyertai Program Ceramah dan Pendaftaran Vaksin Covid19 dan Sukarelawan MyVac bertempat di Dewan Fasa 2G dan telah membuka satu kaunter pendaftaran sukarelawan MyVac. Kaunter tersebut diadakan bagi mempromosikan pendaftaran masyarakat khususnya belia untuk terlibat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin di dalam Daerah Manjung. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Peduli Rakyat Parlimen Lumut dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG