29 SEPTEMBER 2021, IPOH- Sesi rakaman video promosi Hari Sukan Negara (HSN2021) Peringkat Negeri Perak bersama YAB Dato’ Haji Saarani bin Haji MohamadMenteri Besar Perak yang telah diadakan di Pejabat Menteri Besar Perak. Sesi rakaman ini merupakan salah satu program promosi HSN2021 Peringkat Negeri Perak.
Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak turut berkesempatan menyerahkan bahan promosi kepada YAB Menteri Besar sebagai simbolik hebahan promosi HSN 2021 Peringkat Negeri Perak.
Terus semarakan sambutan HSN 2021 ini bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
28 SEPTEMBER, IPOH- Satu sesi rakaman video promosi Hari Sukan Negara (HSN2021) Peringkat Negeri Perak telah diadakan di Studio Green Screen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesi rakaman ini melibatkan YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud,Datuk Bandar Ipoh dan Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim turut berkesempatan menyerahkan bahan promosi kepada Datuk Bandar Ipoh sebagai simbolik hebahan promosi HSN 2021 Peringkat Negeri Perak.
Moh sama-sama semarakan sambutan HSN 2021 kali ini dengan mendaftar dan melaksanakan aktiviti sukan.
23 SEPTEMBER 2021, IPOH- Menjelang sambutan Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung secara serentak di seluruh negera, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2021) Peringkat Negeri Perak telah diadakan secara atas talian dengan melibatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan di negeri Perak termasuk Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, wakil persatuan sukan dan pertubuhan belia negeri Perak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Encik Khairul Shahril Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak. Semoga segala inisiatif dan program yang dirancang sempena sambutan HSN2021 ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Sama-sama kita nantikan dan sertai program-program yang bakal dilaksanakan.
21 SEPTEMBER 2021, BAGAN DATUK- Lawatan Rasmi YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak ke Kompleks Sukan Bagan Datuk dan Kayuhan Ziarah Prihatin sempena Program Jelajah Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia (BSKM) Parlimen Bagan Datuk.
Turut hadir sama dalam program ini Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Perak, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak dan wakil Pusat Khidmat ADUN Rungkup serta Majlis Belia Daerah Bagan Datuk.
15 SEPTEMBER 2021, IPOH-Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menyampaikan taklimat kepada YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak berkenaan perancangan Hari Sukan Negara 2021 peringkat Negeri Perak. Taklimat ini telah disampaikan di Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Turut hadir sama Penolong Pengarah Sukan dan Pegawai Unit Pembangunan dan Penggalakkan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
15 SEPTEMBER 2021, IPOH-Hari ini merupakan sejarah yang tercipta bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Majlis Sukan Negeri Perak yang telah bekerjasama menyediakan satu Cadangan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Perak. Cadangan dasar ini telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Haji Saarani bin Haji Mohamad Menteri Besar Perak.
Cadangan Dasar Pembangunan Sukan OKU Negeri Perak ini telah diterima dengan baik dan mendapat respon yang amat positif daripada ssmua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak terutamanya YAB Menteri Besar Perak. Dasar ini merupakan inisiatif hasil cetusan idea YB Khairul Shahril Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua penggiat sukan OKU khususnya Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK
Diharapkan hasrat untuk melaksanakan dasar ini akan dapat direalisasikan demi pembangunan dan kecemerlangan sukan OKU di negeri Perak.
12 SEPTEMBER 2021, IPOH-Lawatan Pusat Latihan Memanah Para Negeri Perak oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah bin Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan keperluan bagi atlet-atlet para di negeri Perak dalam membuat persediaan sebelum memulakan program latihan menjelang pembukaan sepenuhnya sektor sukan dan rekreasi. Lawatan ini juga merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memastikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak ketinggalan khususnya dalam bidang sukan. Mengambil semangat kejayaan luar biasa Kontinjen Malaysia di sukan Paralimpik Tokyo 2020, atlet-atlet OKU sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak Kementerian.
Sebagai Kerajaan yang prihatin, YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada atlet-atlet memanah para negeri Perak dan kit sanitasi kepada jurulatih-jurulatih daripada sukan powerlifting, catur dan tenpin bowling para negeri Perak.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Sesi Perjumpaan Bersama Sukarelawan MyVac dan Petugas-Petugas di PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Turut hadir, YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dan YBhg. Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Sesi ramah mesra dengan petugas barisan hadapan dan sukarelawan MyVac di PPV tersebut, selain penyerahan kit sanitasi kepada Ketua dan petugas-petugas PPV di Stadium Indera Mulia. Seramai 979 sukarelawan MyVac telah di tugaskan di 25 PPV seluruh Negeri Perak.
Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah menganjurkan Program Pembangunan Komuniti - Taklimat Pendidikan Asas Anti Doping secara hibrid melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini melibatkan seramai hampir 200 orang peserta yang hadir secara atas talian dan terdiri daripada wakil persatuan sukan, persatuan sukan OKU, jurulatih, pegawai Majlis Sukan Negeri Perak dan pegawai-pegawai belia di seluruh negeri Perak.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah JBSN. YBhg. Dato’ Dr. dalam ucapannya menyatakan harapan agar semua penggiat sukan terutama para atlet mengamalkan budaya integriti dalam sukan, elemen Play True, Win Clean dan Fair play juga harus ditanam di jiwa semua yang terlibat. Nilai-nilai murni ini sentiasa diterapkan dalam apa jua aktiviti sukan selain daripada amalan disiplin dan pembangunan kendiri.