SENAMROBIK MYFIT @ COMMUNITY PARLIMEN TAMBUN 2022 Bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun seramai 100 orang penggiat sukan kecergasan khususnya warga tambun telah menyertai Senamrobik Myfit @ Community Parlimen Tambun 2022. Program ini merupakan anjuran Kelab Kecergasan Artari dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Hadir memeriahkan program Encik Mohd Hafez Mubin bin Mohd Salleh Setiausaha Politik YB Menteri Belia dan Sukan bersama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini. Moh kita teruskan bersukan untuk kekal sihat dan cergas sebagai Keluarga Malaysia. Kome memang hebat.
- JBS Perak
- Hits: 159
