- JBS Perak
- Hits: 115
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU OLEH YBRS. TUAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
Ipoh, 1 Februari 2023 – Telah berlangsung satu majlis penyampaian amanat oleh YBrs. Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah hadir dalam majlis tersebut.
Antara amanat yang penting, YBrs. Tn. Pengarah mengajak semua pegawai dan kakitangan untuk bekerja dengan lebih proaktif dalam usaha menyantuni pemegang-pemegang taruh. Beliau juga turut menasihatkan agar semua pegawai dan kakitangan mematuhi segala peraturan dan tatakelola yang ada selaku penjawat awam.
- JBS Perak
- Hits: 115
