- JBS Perak
- Hits: 108
PROMOSI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK TANJONG RAMBUTAN
PROMOSI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SMK TANJONG RAMBUTAN
TANJUNG RAMBUTAN, 1 MAC 2023 – Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan salah satu program utama bagi unit Pembangunan Rakan Muda.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta (PBSD Kinta) merupakan Badan Operasi di daerah Kinta yang menggerakkan dan mempromosikan program ini. Antara gerak kerja yang dijalankan oleh Puan Aisyah Abyana, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSD Kinta ialah perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin dalam kalangan guru sekolah untuk membincangkan jadual perancangan bagi tahun 2023 termasuklah ke SMK Tanjong Rambutan.
Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan ini adalah Puan Kamariah Tufandi, Pegawai Potensi Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Program ini diyakini meningkat potensi dan keterlibatan para pelajar seterusnya membentuk jati diri yang unggul dan utuh.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta
- JBS Perak
- Hits: 108
