MESYUARAT PENYELARASAN DALAMAN PROGRAM AKTIF @ SUKAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
IPOH, 18 Mei 2023 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Dalaman Program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Perak 2023 telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan program yang bakal berlangsung pada 27 Mei 2023. Pelbagai acara sukan tradisional seperti menyumpit, sepak raga bulatan, batu seremban, pecah periuk dan sukaneka OKU akan dipertandingkan dalam program ini.
IPOH, 18 Mei 2023 - Penganjuran Program Senamrobik Fit @ Community Siri 2/2023 terus meriah dilaksanakan di Dewan Sri Kinta Politeknik Ungu Omar. Seramai 100 orang warga Politeknik hadir memeriahkan program siri ke-2 ini.
Terima kasih diucapkan kepada Politeknik Ungku Omar yang sudi berkolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Kelab Kecergasan Artari.
MESYUARAT MAJLIS SUKAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA
SELAMA, 3 Mei 2023 - Mesyuarat Majlis Sukan Daerah Larut Matang& Selama telah diadakan dengan jayanya di Bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang.
Mesyuarat ini di Pengerusikan Oleh Tuan Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama selaku Pengerusi Majlis Sukan Daerah Larut Matang dan Selama.
Puan Suriati Binti Mat Daud, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Selama turut dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Sukan Daerah Larut Matang & Selama buat pertama kalinya untuk tahun 2023.
Mesyuarat turut diberi taklimat mengenai penganjuran Karnival Sukan Perak (SUPER) 2023 yang bakal dijalankan pada 30/5/2023 hingga 1/6/2023 yang melibatkan 6 acara yang akan di pertandingkan.
PROGRAM SAMBUTAN AMBANG HARI BELIA PERINGKAT DAERAH SELAMA 2023
SELAMA, 14 Mei 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Selama dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Selama baru-baru ini telah mengadakan Program Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah bagi tahun 2023 bertempat di sekitar Daerah Selama.
Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 merupakan salah satu program utama Kementerian Belia dan Sukan. Ia menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset kebersamaan belia dan kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik yang mewujudkan suasana aman, harmoni, semangat kecintaan dan patriotism kepada negara.
Pelaksanaan Aktiviti Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Selama dilaksanakan pada 12 hingga 14 Mei 2023. Seperti biasa, pejabat begitu berpuas hati dengan penyertaan menggalakkan daripada belia setempat. Kira-kira 200 orang belia telah mengambil bahagian dalam program ini.
Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti "Friendly" Sukan Massa bagi sukan takraw, badminton, bola sepak dan petanque serta Belia Mesra Masjid. Antara NGO lain yang turut bekerjasama kali ini termasuk Kelab Pemuda Pelapis Redang Panjang, Kelab Bola Sepak Kg Sg Jernih, Ijok dan Kelab Petanque Kubu Gajah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
IPOH, 14 Mei 2023 - Program Senamrobik Fit @ Community Siri 1/2023 berlangsung meriah di Padang Polo Ipoh Perak dengan hampir 100 orang peserta yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir menjayakan program ini khususnya Kelab Kecergasan Artari yang sentiasa bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Moh teruskan sokongan kome untuk kita terus sihat dan cergas bersama. Jangan lupa untuk bersama di program siri ke-2 nanti.!!
IPOH, 14 Mei 2023 - Satu Kejohanan eSukan PUO Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kinta 2023 telah diadakan pada 12-13 Mei 2023 oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta dengan kerjasama Kelab eSukan Politeknik Ungku Omar, Majlis Belia Daerah Kinta dan Majlis Belia Daerah Ipoh. Terdapat 4 jenis Sukan yang dipertandingkan iaitu Mobile Legends, FIFA 2023, eFootball dan Valorant.
Program ini turut diisi dengan Kuiz Kenegaraan juga dikelolakan oleh MBD Kinta bagi menguji dan meningkatkan sifat patriotik dalam diri para peserta.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Ts. Dr. Izwah binti Ismail pada 14 Mei 2023 bersekali dengan Karnival Kejohanan Sukan PUO yang berlangsung pada 13-14 Mei 2023.
KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN DAN PERSPEKTIF AUDIT SERTA NAZIRAN JBSN PERAK BERJALAN LANCAR
IPOH, 12 Mei 2023 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan Dan Perspektif Audit Serta Naziran bermula 10 Mei 2023 hingga 12 Mei 2023 bertempat di Bilik Seminar, KOMBES Ipoh.
Kursus ini disertai oleh semua pegawai / kakitangan JBSN Perak yang terlibat dengan kerja-kerja perolehan termasuk dari Pejabat-pejabat Belia Dan Sukan Daerah.
Pihak Jabatan telah menjemput penceramah-penceramah yang mahir dalam urusan perolehan dan naziran daripada JANM Perak iaitu Dr. Samsuddin Bin Mohamad Ibrahim serta En. Mohd Ezman Bin Pudil @ Fadzil. Banyak input-input berguna telah dikongsikan oleh para penceramah seperti :
- Pengenalan kepada perolehan kerajaan
- Tatacara dan kaedah perolehan
- Integriti pact lad
- Perspektif audit dan naziran
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Munir Bin Aliyasak, Timbalan Pengarah JBSN Perak. Semoga para peserta kursus mendapat ilmu yang berguna sekali gus dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang 3 hari berkursus.
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM AKTIF @ SUKAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
IPOH 11 MEI 2023 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Program Aktif @ Sukan Tradisional 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras bagi setiap jawatankuasa teknikal Program Aktif @ Sukan Tradisional 2023 yang bakal diadakan pada bulan 27 Mei 2023.
Turut hadir wakil dari PDRM, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perak dan Sukan Tradisional MAKSAK Perak dan persatuan/kelab sukan yang terlibat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Perak.
PERLAWANAN PERSAHABATAN MUHIBAH TEAM JBS PERAK DAN TEAM MBN PERAK
IPOH, 10 Mei 2023 - Usaha untuk memperkasakan belia bukan sahaja melibatkan penganjuran program kepimpinan dan kesukarelawan, malah ia turut melibatkan aktiviti sukan dan riadah santai bersama ke arah memperkukuh jalinan kerjasama serta mengeratkan silaturahim.
Inisiatif ini digerakkan melalui penganjuran perlawanan persahabatan muhibah yang melibatkan sukan futsal dan badminton di antara kepimpinan Majlis Belia Negeri Perak dan pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Semoga usaha seperti ini akan terus diperhebatkan demi kelestarian dan kemenjadian belia sebagai pelapis pemimpin masa depan negara.