MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM AGROFEST FUN RUN 2023
IPOH, 27 Jun 2023 - Program Agrofest Perak 2023 akan dimeriahkan lagi dengan pengajuran program Agrofest Fun Run 2023. Program ini bakal diadakan pada 27 Julai 2023 bertempat di Ladang Info Ternak Sg Siput Perak.
Selaras dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan bersama agensi dan jabatan yang terlibat telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan dipengerusikan oleh Encik Munir bin Aliyasak Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada agensi dan jabatan yang hadir ke mesyuarat ini. Semoga program ini akan berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama dan komitmen semua pihak.
Segalanya Demi Negeri Perak.!!
Perak Sejahtera 2030.!!
#teamjbsperak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 113
