- JBS Perak
- Hits: 109
KEM PRA PELAYARAN KAPAL LAYAR DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA VOYAGE 449/23 MEDAN PERSEDIAAN PESERTA SEBELUM KE ALAM MARITIM
Manjung, 8 Jun 2023 - Kem Pra Pelayaran Program KLD Tunas Samudera Voyage 449/23 menjadi medan persiapan 25 orang peserta sebelum mengharungi ujian pelayaran dari Lumut ke Langkawi bersama-sama Tentera Laut Diraja Malaysia. Peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang dikumpulkan dalam satu kem, melalui latihan fizikal dan ketahanan diri, water confident, abseiling dan aktiviti pembinaan pasukan. Kem ini berlangsung selama tiga hari bermula 6 - 8 Jun 2023 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik dan kawasan sekitar seperti Bukit 300 dan Pantai Teluk Batik.
Program KLD Tunas Samudera adalah program pelayaran yang dikhususkan untuk belia yang bertujuan untuk memberi ilmu dan pengalaman kepada belia berkenaan kehidupan maritim di samping meningkatkan semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan peserta.
- JBS Perak
- Hits: 109
