PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BULAN JUN 2023
16 Jun 2023, IPOH - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2023 bertempat di MU Hotel Ipoh Perak. Perhimpunan ini merupakan program perjumpaan bulanan yang dianjurkan sebagai inisiatif untuk menyampaikan amanat dan maklumat kepada seluruh warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah-Daerah.
Perhimpunan pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Munir bin Aliyasak Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut diadakan Ceramah Asas Pertolongan Cemas sebagai program latihan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JBS Perak.
Moh seluruh warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, kita terus bekerja sebagai satu pasukan. JBSN Bersama.!! Perak Sejahtera 2030.!!
- JBS Perak
- Hits: 134
