TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SELAMA 2023
SELAMA, 14 Jun 2023- Sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Peringkat Daerah Selama telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Hussein melibatkan pelajar seramai 200 Orang.Bagi pihak pejabat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azlan Bin Johan Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Dato Haji Hussein serta pihak pengurusan sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak pejabat bagi melancarkan perjalananan program ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Suriati Binti Mat Daud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama berkaitan dengan Anugerah Remaja Perdana bagi Peringkat Gangsa,Perak dan Emas.Kerjasama yang begitu baik daripada pelajar sekolah memudahkan sesi taklimat dan berharap program ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Semoga program Anugerah Remaja Perdana ini mencapai objektif dan matlamat pihak Kementerian Belia dan Sukan serta mengukuhkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan pbsd Selama
- JBS Perak
- Hits: 104
