RAKAN MUDA – RAKAN DIGITAL | CANVA EDITING SKILLS SIRI 1 PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
IPOH, 9 Ogos 2023 – Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk “Creative Design” secara virtual dan atas talian. Aplikasi ini juga mudah digunakan serta mampu menjana pendapatan sekiranya ia digunakan secara betul.
Menerusi program ini, para peserta diajar tentang bagaimana membuat reka bentuk bahan-bahan promosi melalui aplikasi reka benttuk grafik – Canva.
Menyedari tentang potensi aplikasi ini terhadap pembangunan gaya hidup remaja masa kini, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan kursus secara atas talian, Canva Editing Skills Siri 1 Peringkat Negeri Perak 2023.
Seramai hampir 60 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah menyertai kursus ini. Slot interaktif selama 3 jam ini telah dikendalikan oleh Coach Shila daripada EVOING Centre melalui aplikasi Zoom.
Semoga para peserta telah memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat menggunakannya untuk meningkatkan skil dan kemahiran dalam mereka-bentuk grafik yang lebih menarik.
#TeamJBSPerak
#JBSNegara
#RakanMuda
#CanvaEditingSkills
#MalaysiaMADANI
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG
07 Ogos 2023 (Isnin), Larut Matang - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Larut Matang bersama Majlis Belia Daerah Larut Matang (MBD) telah berkerjasama untuk menyelaras dan merencanakan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) didalam Daerah Larut Matang.
ARPRM merupakan antara program utama KBS yang dilaksanakan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membina karakter belia terutamanya daripada perspektif kepimpinan dan modal insan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Syahirah binti Kunji Mohammed, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang dan disertai oleh AJK Majlis Belia Daerah Larut Matang dan badan gabungan.
#TeamPBSDLM
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
RAKAN AKTIF - LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH-DAERAH NEGERI PERAK
IPOH, 5 Ogos 2023 - Seluruh negeri Perak meriah dengan Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Negeri Perak 2023 yang sedang berlangsung ketika ini.
Moh kome sama-sama kita saksikan Pasukan manakah yang bakal menjadi juara dan seterusnya mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri nanti.!!
Segalanya demi negeri Perak. Perak Sejahtera 2030.!!
#teamjbsperak
#LSKPerak2023
#MalaysiaMadani
LATIHAN PUSAT PASUKAN BADMINTON PARA SUKMA NEGERI PERAK
IPOH, 5 Ogos 2023 - Sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Para Badminton MSN Sirkit Kebangsaan 2023 yang bakal diadakan pada 17 hingga 20 Ogos 2023, pasukan Badminton Para SUKMA Negeri Perak telah mengadakan latihan pusat bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Program ini merupakan inisiatif untuk memastikan setiap atlet bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran pemain-pemain daripada seluruh negara.
Diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan prestasi pasukan Badminton Para SUKMA Negeri Perak dan seterusnya memastikan kejayaan di kejohanan itu nanti.!!
Ayuh kita doakan yang terbaik buat pasukan Badminton Para SUKMA Negeri Perak.!!
Segalanya demi negeri Perak.!!
#teamjbsperak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
PROGRAM FIT @ COMMUNITY PERINGKAT NEGERI PERAK 2023 - SIRI 10 : EDISI PROMOSI FIT MALAYSIA PERAK
IPOH, 5 Ogos 2023 - Selesai sudah 10 Siri Program Fit @ Community Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2023. Siri ke-10 ini telah diadakan di Padang Polo Perak dengan melibatkan aktiviti larian santai sempena mempromosikan Fit Malaysia Perak 2023.
Seramai 150 orang peserta telah hadir memeriahkan program pada kali ini. Terima kasih semua. Kome memang hebat.!!
Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Taekwondo Negeri Perak (MGTF), Persatuan Para Powerlifting Negeri Perak dan wakil daripada Perak Master yang bersama-sama menjayakan program ini.
Jangan lupa kome untuk sama-sama memeriahkan Fit Malaysia Perak 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak pada 20 Ogos 2023 nanti.!!
Moh datang ramai-ramai.!! Perak Sejahtera 2030.!!
#teamjbsperak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
LAWATAN PROJEK NAIK TARAF PADANG BOLA SEPAK MATANG PERAK
MATANG, 3 Ogos 2023 - Satu Lawatan Pemeriksaan Berkala Sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan dan Pra Penyerahan Projek Padang Bola Sepak Matang telah diadakan pada 3 Ogos 2023 dengan melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama, Majlis Perbandaran Taiping, Kelab Bola Sepak Pencinta Setia dan pihak kontraktor.
Lawatan ini telah diketuai sendiri oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama bersama-sama Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan padang yang telah selesai dilaksanakan kerja-kerja naik taraf sebelum ianya diserahkan semula dan seterusnya dibuka untuk kegunaan komuniti setempat.
Semoga dengan adakannya padang yang telah ditambahbaik ini akan memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya penggiat-penggiat sukan bola sepak.
#JBSNBersama
#teamjbsperak
#MalaysiaMadani
LAWATAN DAN MESYUARAT PENYELARASAN TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN KOMPLEKS SUKAN BAGAN DATUK
BAGAN DATUK, 1 Ogos 2023 - Satu Lawatan Pemantauan dan Mesyuarat Pwnyelarasan Tempoh Tanggungan Kecatatan Kompleks Sukan Bagan Datuk telah diadakan dengan melibatkan pihak Jabatan Kerja Raya Hilir Perak, Jabatan Belia dan Negeri Perak dan wakil kontraktor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ir Sudin bin Hasim Jurutera Daerah Hilir Perak dan turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan, Pegawai Aset Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta Pengurus Kompleks Sukan Bagan Datuk.
Mesyuarat ini merupakan gerak kerja bagi memastikan kemudahan yang dibangunkan di kompleks sukan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan oleh komuniti setempat.
BENGKEL LIBAT URUS TOT KURSUS KEJURULATIHAN E-SPORTS TAHAP 1 TAHUN 2023
Usaha memperkasa sukan E-Sports terus diperhebatkan melalui pengajuran Bengkel Libat Urus TOT Kursus Kejurulatihan ESport Tahap 1 2023.
Bengkel ini telah diadakan di Tunas Resort Port Dickson Negeri Sembilan dengan melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan wakil-wakil Persatuan E-Sports seluruh negara.
Tahniah kepada semua yang terlibat.!! #JBSNBersama #letsgetfit #MalaysiaMadani
PROGRAM SPORT STACKING CHALLENGE PERINGKAT ZON TENGAH 2023
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2023 - Seramai 40 orang peserta daripada negeri Perak telah hadir menyertai PROGRAM SPORT STACKING CHALLENGE PERINGKAT ZON TENGAH 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sport Stacking Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Program yang telah diadakan pada 29 Julai 2023 bertempat di KL GATEWAY MALL Kuala Lumpur ini merupakan usaha pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasakan sukan-sukan baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembudayaan sukan negara.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.