KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA KETUA POLIS PERAK 2023
SUNGAI SIPUT (U) PERAK, 25 OGOS 2023 ( JUMAAT ) – IPD Sungai Siput (U) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Perak 2023. Kejohanan ini diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput (U) selama 5 hari bermula dari 21 Ogos 2023 (Isnin) hingga 25 Ogos 2023 (Jumaat). Seramai 34 pasukan yang terdiri daripada 17 IPD seluruh Perak telah menyertai dan memeriahkan kejohanan ini.
Johan bagi katergori lelaki dimenangi oleh Pasukan FRU Ipoh dan Naib Johan dari Pasukan IPD Hilir Perak. Johan bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Pasukan IPD Kuala Kangsar manakala naib johan dari Pasukan IPD Kampar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Perak, YDH Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Hj. Hassan Basri. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan ini turut dimeriahkan dengan kehadirian Ahli Parlimen Sungai Siput (U), YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam dan ADUN Jalong, YB Loh Sze Yee.
#TeamJBSPerak
#JBSNegara
#PBSDSungaiSiput
#KejohananBolaTamparPialaKetuaPolisPerak2023
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 161
