PROGRAM RAKAN MAHIR - SKILLS FOR LIFE SIRI 3 (KURSUS ASAS BAHASA JEPUN)
SERI ISKANDAR, 7 Oktober 2023 - Telah berlangsung Program Rakan Mahir - Skills For Life Siri 3 (Kursus Asas Bahasa Jepun) bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar.
Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur sehingga 25 tahun telah menyertai program ini. Program ini terdiri daripada 4 sesi dimana untuk sesi pertama, program ini telah dijalankan secara bersemuka. Bagi 3 sesi seterusnya, para peserta akan menjalani sesi pembelajaran secara atas talian.
Pn. Syahirah Bt Abu Hasan Alshaari, seorang guru Bahasa Jepun yang berpengalaman dari SMK Clifford, Kuala Kangsar telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi keempat-empat sesi program ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda, JBSN Perak. Pihak jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UiTM Seri Iskandar atas kesudian untuk bekerjasama dalam menjayakan program ini dan insya Allah untuk 3 sesi yang seterusnya.
#TeamJBSPerak
#RakanMahir
#RakanMuda
#SkillsForLife
#JBSNegara
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 151
