KEJOHANAN TAEKWANDO PROGRAM 1000 LIGA DAERAH HILIR PERAK
TELUK INTAN, 29 Oktober 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Kelab Taekwando Teluk Intan telah menganjurkan Kejohanan Taekwando bagi Program 1000 Liga Peringkat Daerah Hilir Perak 2023 bertempat di Dewan SMK San Min, Teluk Intan.
Dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, 1000 Liga dianjurkan melibatkan acara sukan individu dan perseorangan. Penyertaan terdiri daripada peserta berusia bawah 12 tahun, bawah 15 dan bawah 18 tahun yang melibatkan kategori Poomsae, Self Defence, Breaking Technique dan Speed Kicking.
Kejohanan bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
#TeamKBS
#TeamJbsPerak
#JBSNBersama
#1000Liga2023
- JBS Perak
- Hits: 119
