PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ INSPIRE EKPLORASI OKU PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
GOPENG, 7 November 2023 - Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program Malaysia Aktif @ Inspire Ekplorasi OKU Peringkat Negeri Perak 2023 yang telah diadakan di Gopeng Perak. Pelbagai aktiviti rekreasi seperti asas kemahiran perkhemahan, mendaki dan keselamatan aktovoti air telah diberikan kepada peserta yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir Puan Noor Azleen binti Yusop Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Terima kasih diucapkan kepada semua terlibat menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi motivasi buat golongan OKU untuk terus aktif dan cergas dalam sukan dan rekreasi.
#teamjbsperak
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 150
