- JBS Perak
- Hits: 116
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SUKAN ORANG PERAK NEGERI PERAK KE SOPMA 2023
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SUKAN ORANG PERAK NEGERI PERAK KE SOPMA 2023
IPOH, 2 Disember 2023 - Selamat maju jaya diucapkan kepada Kontinjen Sukan Orang Pekak Negeri Perak yang akan bertanding di Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-21 Kuala Lumpur 2023. Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Kontinjen Sukan Orang Pekak Negeri Perak, satu Majlis Penyerahan Bendera telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Khairudin Abu Hanipah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak. Sebagai tanda keperihatinan, Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan sejumlah RM30,000.00 kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Perak dan tambahan RM2,500.00 bagi pengurusan penyertaan kontinjen.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan buat Kontinjen Sukan Orang Pekak Negeri Perak di SOPMA Kuala Lumpur 2023. Segalanya demi negeri Perak.!!
#teamjbsperak
#segalanyademinegeriperak
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 116
