- JBS Perak
- Hits: 113
PERBINCANGAN JARINGAN KERJASAMA ANTARA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI PERAK
PERBINCANGAN JARINGAN KERJASAMA ANTARA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI PERAK
IPOH, 24 Januari 2024 - Satu perbincangan telah diadakan bersama diantara JBSN Perak dan AADK Perak bagi meneroka ruang dan peluang untuk menjalinkan kerjasama dalam pelaksanaan program kepada belia.
Melalui sesi perbincangan, Pengarah AADK Perak, Tn. Mohamad Nor Bin Musa telah membentangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh diusahakan bersama dan turut membuka ruang kepada semua pegawai untuk memberikan idea / input bagi merangka strategi lebih berkesan dalam menyantuni golongan sasar.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta pegawai-pegawai daripada AADK Perak.
#TeamJBSPerak
#AADKPerak
#PerakSejahtera2030
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 113
