LAWATAN TEKNIKAL KE KOMPLEKS MENEMBAK AMAN JAYA DAN STADIUM MINI MANJOI PERAK
IPOH, 17 Januari 2024 - Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan bersama Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Kompleks Menembak Aman Jaya dan Stadium Mini Manjoi. Lawatan yang diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ini bertujuan untuk meninjau keperluan dan skop kerja yang diperlukan bagi cadangan pembinaan kemudahan menembak dan projek naiktaraf Stadium Mini Manjoi.
Lawatan ini merupakan usaha untuk memastikan sebarang cadangan pembangunan kemudahan sukan menepati keperluan semasa. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
#teamjbsperak
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 173
