KEJOHANAN WOMEN SPORTS CHALLENGE PERINGKAT ZON TENGAH 2023
TG. MALIM, 30 November 2023 - Kejohanan Women Sports Challenge Peringkat Zon Tengah 2023 berlangsung meriah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak. Kejohanan ini merupakan inisiatif KBS untuk memperkasakan golongan wanita dalam bidang sukan.
Bagi edisi yang julung kalinya diadakan ini melibatkan sukan bola jaring, bola baling dan bola tampar dengan penyertaan oleh pasukan daripada negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini dan tahniah kepada semua pemenang.
Bola Jaring Kategori Terbuka
?Johan : Perak B
?Naib Johan : Selangor B
? Ketiga : Selangor A
Bola Jaring Kategori Bawah 18 Tahun
?Johan : Selangor B
?Naib Johan : Selangor A
?Ketiga : Perak A
Bola Tampar Kategori Terbuka
?Johan : Selangor A
?Naib Johan : Kuala Lumpur A
?Ketiga : Perak A
Bola Tampar Kategori Bawah 18 Tahun
?Johan : Selangor A
?Naib Johan : Perak A
?Kuala Lumpur : A
Bola Baling Kategori Terbuka
?Johan : Selangor B
?Naib Johan : Selangor A
?Ketiga : Kuala Lumpur A
Bola Baling Kategori Bawah 18 Tahun
?Johan : Perak A
?Naib Johan : Selangor A
?Ketiga : Perak B
#teamjbsperak
#segalanyademinegeriperak
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 103
