PROGRAM DAYUNGAN SANTAI KUALA KANGSAR - PASIR SALAK - TELUK INTAN 2024
KG. GAJAH, 7 Januari 2024- Kelab Sukan Rekreasi Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah / Diamond Outdoor Adventure dan Kem Rekuda telah menganjurkan program Dayungan Santai bermula daripada Daerah Kuala Kangsar - Pasir Salak - Teluk Intan bermula 05 Januari 2024 dan berakhir pada 07 Januari 2024.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta dimana dayungan sejauh 100 km telah berjaya diharungi oleh kesemua peserta.
Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah - Encik Budiman bin Idris diiringi Encik Azizul Azhar bin Abdul Rahman Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Teluk Intan dan Encik Murad bin Kasim - Pendayung Kayak Solo Negara.
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#PBSDkggajah
- JBS Perak
- Hits: 118
