- JBS Perak
- Hits: 142
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENYEDIAAN SKOP KERJA BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN PADANG BOLASEPAK SINTETIK GERIK
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENYEDIAAN SKOP KERJA BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN PADANG BOLASEPAK SINTETIK GERIK
GERIK, 5 Februari 2024 – Bertempat di Padang Sintetik Gerik, telah diadakan satu lawatan pemeriksaan dan penyediaan skop kerja bagi projek penyelenggaraan Padang Sintetik Gerik bagi tahun 2024. Lawatan pemeriksaan ini juga diadakan bagi mempertimbangkan permohonan cadangan projek ini dibawah Projek penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan 2024.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas dari En.Khairul Anuar bin Taharin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak dan seterusnya sesi lawatan kawasan-kawasan baikpulih yang perlu dipertimbangkan untuk penyelenggaraan dan akhir sesi ini diadakan perbincangan dan penyediaaan skop untuk penyelenggaraan projek ini.
Pemeriksaan dan penyediaan skop kerja projek ini telah diketuai oleh En.Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBSN) merangkap Pegawai Pembangunan JBSN Perak. Turut hadir semasa lawatan ini adalah En. Riduan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak, dan En Ahmad Adam, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, JBSN Perak dan juga Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak.
Semoga lawatan yang telah dijalankan ini akan memberi maklumbalas kepada pihak atasan seterusnya mempertimbangkan cadangan ini demi memberikan perkhidmatan dan fasiliti sukan terbaik kepada penguna khususnya komuniti di Daerah Hulu Perak.
#PBSDHuluPerak
#TeamJBSPerak
#MalaysiaMADANI
#KBSMalaysia
- JBS Perak
- Hits: 142
