- JBS Perak
- Hits: 115
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA PBSD SUNGAI SIPUT (U) BERSAMA BEBERAPA MASJID TERPILIH
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA PBSD SUNGAI SIPUT (U) BERSAMA BEBERAPA MASJID TERPILIH
SUNGAI SIPUT (U) PERAK, 7 Mac 2024 – Unit Belia Dan Sukan serta Rakan Muda Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput (U) telah mengadakan satu perbincangan awal bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Ghufraniah Sungai Siput iaitu Encik Mior Ismail Bin Mior Zainuddin. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan berkenaan kerjasama program pembangunan belia dalam Qariah Pekan Sungai Siput. Banyak yang dibincangkan dan telah mendapat kata sepakat untuk perancangan awal program bagi tahun 2024.
Selepas itu, wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput ke masjid yang kedua iaitu Masjid Ar Rahmaniah Felda Lasah untuk bertemu dengan Pengerusi Masjid iaitu Ustaz Haji Mohd Azlan Suhaimi. Pada pertemuan di Masjid yang kedua ini juga membincangkan perancangan program dan hala tuju pembangunan belia untuk Qariah Felda Lasah. Susulan dari perjumpaan awal ini, Pihak Pengurusan masjid telah menyenaraikan beberapa aktiviti dan program masjid yang bakal diadakan sepanjang tahun 2024.
#TeamJBSPerak
#PBSDSungaiSiput
#RakanMuda
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 115
