TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI
IPOH, 14 Mac 2024 – Telah berlangsung sesi taklimat bagi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn Aisyah Abyana Loh, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta. Taklimat ini diberi bersempena dengan minggu awal pembukaan sekolah bagi memberi input dan seterusnya pelajar yang berminat dapat merancang penyertaan mereka di awal pembukaan persekolahan.
Sesi taklimat ini dihadiri oleh hampir 700 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan tiga, empat dan lima serta barisan guru-guru kelas. Selain itu, wakil Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta, En Muhammad Azri bin Zukei turut hadir sama bagi memberi perkongsian berkaitan dengan fungsi Pejabat Belia dan Sukan Daerah, program-program di bawah unit Pembangunan Belia dan unit pembangunan Sukan untuk pengetahuan guru-guru dan pelajar di sekolah tersebut.
Di akhir sesi, kaunter dibuka untuk edaran borang penyertaan Program Anugerah Remaja Perdana dan khidmat nasihat tentang pemilihan komponen juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk sertai program tersebut.
#TeamJBSPerak
#PBSDKinta
#JBSNegara
#RakanMuda
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 107
