SIRKIT PARA TENPIN BOLING NEGERI PERAK RUANG MEMILIH ATLET TERBAIK KE TEMASYA PARA SUKMA 2024
IPOH, 12 Mei 2024 - Telah berlangsung dengan jayanya penganjuran Kejohanan Sirkit Para Tenpin Boling Negeri Perak 2024 anjuran Persatuan Boling Tepin Para Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bertempat di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City, Ipoh.
*
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Penolong Pengarah Kanan (Sukan), JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBS Perak. Turut hadir, Presiden PESRON Perak, Encik Muhammad Danial Azli.
*
Jabatan ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada para penaja yang membantu menjayakan kejohanan tersebut.
PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK BAGI PENGANJURAN PERTANDINGAN NASYID SEMPENA PROGRAM PESTA RAKAN MUDA MUDI
IPOH, 13 Mei 2024 - Satu perbincangan di antara Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak bersama Bhg. Pembangunan Rakan Muda, JBSN Perak telah diadakan bertempat di JPN Perak.
Perbincangan pada kali ini lebih berfokus kepada penganjuran pertandingan nasyid sempena Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024. Pihak JPN Perak amat menyambut baik pelaksanaan program ini dan turut menjadi rakan kolaborasi bagi penganjuran acara nasyid.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Salehuddin Bin Hj. Arshad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak serta Ustazah Shuliyana Binti Yahya, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak atas kesudian berkongsi maklumat serta menerima kehadiran pegawai-pegawai dari JBSN Perak.
JBS PERAK HADIR MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN BOLASEPAK LIGA MALAYSIA MUSIM 2024/2025
IPOH, 10 Mei 2024 - Pengurusan Perak FC telah menjemput JBS Perak hadir bagi bersama-sama dalam mesyuarat penyelasan penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2024/2025 bertempat di Menara SSI, Ipoh, Perak. * Mesyuarat diadakan bertujuan bagi menyelaraskan beberapa perkara utama seperti jadual pertandingan, penggunaan VAR, keselamatan pemain dan penyokong, serta penambahbaikan fasiliti Stadium Ipoh sebelum pertandingan Liga Super melibatkan pasukan Perak FC sebagai tuan rumah bermula. * JBS Perak telah diwakilkan Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi; Encik Rosnizam Safari. * Antara agensi lain yang terlibat MBI, PDRM dan BOMBA.
PERBINCANGAN PELAKSANAAN "E-SPORTS" SEMPENA PROGRAM PESTA RAKAN MUDA MUDI
IPOH, 10 Mei 2024 - Satu perbincangan telah diadakan di antara Bhg. Rakan Muda JBSN Perak bersama Kelab Sukan Elektronik Bandar Hujan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan penganjuran sukan elektronik (e-sports) sempena Program Pesta Rakan Muda Mudi.
Antara jenis sukan "e-sports" yang dicadangkan adalah PUBG Mobile dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB). Iklan promosi bagi penganjuran program akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita nantikan program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024!
DAERAH MANJUNG JADI PILIHAN LOKASI PROGRAM I-TALENT PERINGKAT NEGERI PERAK (SIRI 1) TAHUN 2024
MANJUNG, 8 Mei 2024 - Seramai hampir 40 orang peserta telah berjaya mengharungi Program i-Talent Peringkat Negeri Perak (Siri 1) bagi tahun 2024 anjuran Unit PembangunanSukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sikan Negeri Perak yang telah diadakan bertempat di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung, Perak. * Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi tersebut telah menjalankan pelbagai komponen ujian utama bagi menilai dan mengukur tahap kemampuan para peserta yang telah hadir. Antara komponen yang diukur adalah seperti Ujian Anthropometri, kepantasan, kekuatan otot, keseimbangan, fleksibiliti dan aktiviti Mari Mencuba sukan seperti Boling Padang, Memanah, Ping Pong, Olahraga dan banyak lagi yang telah diselaraskan bersama oleh para penguji yang terdiri daripada para pegawai JBS Perak, PBSD Manjung, PBSD Perak Tengah, PBSD Kuala Kangsar, PBSD Kampung Gajah serta dibantu bersama penggerak dan jurulatih sukan PESRON Perak. * Untuk makluman, Program i-Talent ini bertujuan bagi mencari dan melahirkan bakat baharu atlet OKU diseluruh negeri untuk digilap sebagai pelapis masa hadapan bagi mewakili negeri Perak didalam Temasya Para Sukma yang akan datang. * Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan), JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Turut hadir wakil MPM; Encik Fariz Ariffin, PBSD Manjung; Encik Azlan Hussain dan PBSD Perak Tengah; Encik Ahmad Shafiq Ahmad Zakari. * Ayuh yeop yong!!! Jangan lepaskan peluang sertai Program i-Talent Peringkat Negeri Perak (Siri 2) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh pada 25 Mei 2024 ini.
LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PERMULAAN PROJEK MENAIKTARAF KRM LARUT MATANG
KAMUNTING, 7 Mei 2024 - Telah berlangsung satu lawatan tapak dan Mesyuarat Permulaan Projek bagi menaiktaraf fasiliti yang diadakan bertempat di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Perak.
*
Tujuan lawatan dan mesyuarat tersebut adalah bagi mendapatkan ulasan dan maklumbalas daripada pihak JKR serta membentangkan skop, status tanah dan peruntukan projek yang telah diperuntukan oleh pihak KBS.
*
Turut hadir Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan. Hadir sama, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Penyelarasan, Bahagian Pembangunan KBS; Encik Mohd Faez Othman mewakili SUB Pembangunan, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan PBSD Larut Matang; Cik Syahirah Kunji Mohammed.
*
Untuk makluman, projek ini akan dilaksanakan oleh pihak JKR sebagai agensi pelaksana yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan.
MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 9 Mei 2024 - Telah berlangsung satu sesi mesyuarat ringkas Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Perak. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan program Hari Belia Negara, Rakan Bumi Lestari Hijau, Pesta Rakan Muda Mudi serta Program Sukarelawan Santuni Pesakit di Hospital.
Nantikan program-program Rakan Muda yang dirancang khas pastinya untuk anak muda negeri Perak.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2024
GERIK, 7 Mei 2024 - Satu Mesyuarat telah diadakan berkenaan Program Semarak Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Hulu Perak telah dijalankan di Pusat Kegiatan Majlis Belia Daerah Gerik, Taman Reflisia, Gerik. Program ini akan diadakan serentak di seluruh negara pada 15 Mei 2024. Kolej Vokasional Gerik telah menjadi pilihan Utama untuk melangsungkan Program Semarak Hari Belia 2024 Peringkat Daerah Hulu Perak
Seperti sedia maklum pelaksanaan Hari Belia Negara di peringkat daerah adalah bagi menyemarakkan lagi suasana dan bahang sambutan HBN diperingkat akar umbi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak(PBSD) dan Ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Gerik(MBD) serta pengerusi-pengerusi kelab belia dibawah naungan MBD Gerik bagi membantu melancarkan perbincangan ini. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi pengisian aktiviti pada hari tersebut antaranya adalah Bacaan ikrar sebagai tanda simbolik program ini, selain itu juga terdapat program sampingan akan dilaksanakan seperti ceramah, demonstrasi dari agensi dan aktiviti sukan.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan berharap agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik serta memberi manfaat dan ilmu buat para belia dan beliawanis di Hulu Perak khususnya di Gerik.
TAKLIMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA (IPT) DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)
Kuala Kangsar, 08 Mei 2024 – Satu sesi taklimat penuh telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar En. Kamaruddin Bin Abdul hamid kepada bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar.
Hasil taklimat yang telah disampaikan, pihak USAS telah menyambut baik akan penubuhan tersebut kerana objektif penubuhan yang memberi impak yang sangat baik kepada pihak USAS dan para pelajarnya.Dokumen penubuhan dari pihak USAS akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan diserahkan kepada JBSN Negeri Perak bagi tujuan semakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Hairol Ismail Bin Ibrahim Unit Pembangunan Pelajar & En. Hafizullah Bin Maarof Unit Kaunseling, Disiplin dan Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) USAS Kuala Kangsar atas kesudian meluangkan masa menerima kehadiran pegawai PBSD Kuala Kangsar.