MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) NEGERI PERAK
IPOH, 30 MEI 2024 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Perak Bil 1/2024 telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat SUK Negeri Perak yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Haji Saarani Bin Mohamad.
Inisiatif yang dicadangkan oleh AADK ini akan melibatkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam mengenalpasti serta menangani masalah ini yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani , Intelektual dan Sahsiah.
Pada masa sama, Dato Seri Pengerusi menggesa semua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta penggerak komuniti untuk menyokong langkah-langkah kerajaan yang sentiasa proaktif dalam menangani permasalahan dadah di negeri itu.
Dato Seri Pengerusi juga turut menyatakan pendirian tegas dalam membanteras gejala penagihan dadah dengan sewajarnya agar generasi akan datang terhindar daripada permasalahan ini terutama golongan anak muda.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang dihadiri sendiri oleh Puan Pengarah, Nor Azah bt Ahmad Dahalan membentangkan kertas makluman berkenaan pelaksanaan Y Hub yang merupakan inisiatif dalam menyediakan ruang kepada golongan belia dengan pelbagai informasi, aktiviti dan program pembangunan belia yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan pihak pihak lain yang berkaitan.
#MalaysiaMADANI
#TeamJBSN
#JBSPerak
#JBSNBersama
#LebihBaikCegah
- JBS Perak
- Hits: 133
