- JBS Perak
- Hits: 121
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PBSD PERAK TENGAH
SERI ISKANDAR, 11 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Ybrs. Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan telah mengunjungi PBSD Perak Tengah dalam satu lawatan kerja beliau di sini.
Lawatan ini antara lain bagi meninjau pengoperasian pejabat terutamanya dalam urusan pentadbiran, pengurusan dan aspek keselamatan serta membuat semakan terhadap pematuhan peraturan yang berkuatkuasa. Selain itu, YBrs Puan Pengarah juga turut meluangkan masa beramah mesra di samping bertukar-tukar idea dan pandangan bersama warga kerja PBSD Perak Tengah.
Penerangan berkaitan pengoperasian PBSD telah disampaikan oleh Encik Ahmad Syafiq bin Ahmad Zakari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah. Turut hadir bersama dalam lawatan kerja kali ini ialah, Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah (Sukan) dan Puan Nur Syazleen Atiqah binti Azami (Pentadbiran), JBS Negeri Perak.
#PBSDPT
#PBSDPerTh
#JBSNPerak
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 121
