SEKRETARIAT PARA SUKMA PERAK JALANKAN MISI AWAL LAWATAN KERJA DI KUCHING, SARAWAK
KUCHING, 23 Jun 2024 - Seramai 10 orang pegawai dan sekretariat kontinjen Para Sukma Negeri Perak berangkat ke Kuching, Sarawak bagi melakukan lawatan kerja ke Venue temasya serta kunjungan hormat kepada Agensi angkat kepada kontinjen disana yang telah dilantik oleh Sekretariat Induk Para Sukma kali ini. * Delegasi ini diketuai oleh Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan selaku CDM kontinjen Para Negeri Perak. Turut sama mengiringi, Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. * Lawatan kerja ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar setiap venue yang dilawati bagi membantu pihak seketariat membuat persediaan terbaik sebelum kontinjen berangkat ke temasya tersebut pada September ini.
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH HULU PERAK
GERIK, 25 Jun 2024 - Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) ialah satu program yang memupuk sikap prihatin disamping menjadikan sahsiah yang baik dikalangan anak muda di Malaysia. Fokus pelaksanaan Program SATRIA pada kali ini ialah menyantuni warga emas dan kanak-kanak di peringkat daerah Hulu Perak khususnya Gerik pada bulan Julai nanti.
Pegawai yang turut terlibat dalam membincangkan perjalanan serta susunan Program Mobilisasi SATRIA ini iaitu En. Mohamad Shubli Bin Saleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak dan En. Ahmad Amin Bin Ramli, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak. Antara intipati yang dibincangkan kali ini ialah berkenaan lokasi, masa, aktiviti dan rujukan.
Semoga dengan kata sepakat dan kerjasama ini dapat melancarkan program ini dan memberikan manfaat pada golongan warga emas dan kanak-kanak khususnya di daerah Gerik.
NAZIRAN KHAS ASET TANAH DAN BANGUNAN OLEH JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK.
IPOH, 24 Jun 2024 - Pasukan Naziran yang diketuai oleh Puan Rohasnida Watti Binti Halim, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak telah disambut oleh En. Mohd Halifi Bin Ab Hamid, Penolong Pengarah Kanan (Rakan Muda) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Naziran dilakukan selaras dengan keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perakaunan Akruan Bil.4 Tahun 2023 untuk melakukan semakan 100% ke atas data Aset Tanah dan Bangunan pada tahun 2024. Naziran ini juga bertujuan untuk memastikan semua data aset berkenaan direkod dengan amaun yang betul, dibuktikan kewujudannya dan disokong dengan dokumen yang lengkap sebagai persediaan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Persekutuan sepenuhnya pada tahun 2025.
Turut hadir sama, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah / wakil daripada Bagan Datuk, Batang Padang, Sg. Siput, Hulu Perak, Kampar dan Larut Matang.
PERBINCANGAN BAGI PENGANJURAN KEMBARA JUMPA ORANG MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK BERSAMA NGO BELIA
IPOH, 25 Jun 2024 – Demi memastikan kelancaran pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda, satu perbincangan telah diadakan di antara Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Perak bersama wakil daripada Majlis Belia Daerah Kinta dan Majlis Belia Daerah Ipoh.
Perbincangan awal ini dilakukan bagi membincangkan tentang pelaksanaan program-program sampingan sempena Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Perak 2024.
KEM PRA-PELAYARAN KAPAL LAYAR DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA VOYAGE 472/24 MEDAN PERSEDIAAN PESERTA SEBELUM KE ALAM MARITIM
SG. SIPUT (U), 22 Jun 2024 - Kem Pra-Pelayaran Program KLD Tunas Samudera Voyage 472/24 menjadi medan persiapan 23 orang peserta sebelum mengharungi ujian pelayaran dari Lumut ke Langkawi bersama-sama Tentera Laut Diraja Malaysia. Peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang dikumpulkan dalam satu kem, melalui latihan fizikal,latihan ketahanan mental, water confident, aktiviti tali tinggi dan aktiviti pembinaan pasukan. Kem ini berlangsung selama tiga hari bermula 20 - 22 Jun 2024 di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput.
Program KLD Tunas Samudera adalah program pelayaran yang dikhususkan untuk belia yang bertujuan untuk memberi ilmu dan pengalaman kepada belia berkenaan kehidupan maritim di samping meningkatkan semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan peserta.
PENGANJURAN KEJOHANAN E-SPORTS SEMPENA PROGRAM PESTA RAKAN MUDA MUDI PERINGKAT NEGERI PERAK
IPOH, 22 Jun 2024 - Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak menjadi saksi kepada kehebatan atlet e-sukan dalam kejohanan yang dianjurkan sempena Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak hari ini.
Dewan Gimnasium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak dipenuhi dengan semangat pertandingan yang tinggi apabila 32 pasukan bertanding untuk kategori Mobile Legends: Bang Bang serta 32 pasukan lagi untuk kategori PUBG Mobile.
Keputusan akhir mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori Mobile Legends: Bang Bang: 1. Sanzztuy 2. Mustang Black 3. Danial Ucuk 4. Ftslr
Kategori PUBG Mobile: 1. Team X 2. The Gringos Tenno 3. Voltra 4. Hilir Pipol
Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak berjaya menarik minat generasi muda serta menggalakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pemain e-sukan tempatan. Diharapkan kejayaan ini akan mengilhami lagi pertumbuhan industri e-sukan di negeri ini pada masa hadapan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN FUTSAL REMAJA PESTA RAKAN MUDA MUDI PERINGKAT NEGERI PERAK 2024 (KATEGORI BAWAH 17 DAN 15 TAHUN)
Pertandingan Futsal Remaja bawah 17 dan 15 tahun Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024 Anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kelab Futsal Protunas Kinta.
Bawah 17 Tahun:
Juara : MBI SC
Naib Juara : Kolej Integrasi Gopeng
Tempat ke 3 bersama : SMK Raja Chulan / SMKA Yahyawiyah.
Bawah 15 Tahun :
Juara : Protunas KKS
Naib Juara : Project Team FT
Tempat ke 3 bersama : SMK Raja Chulan / SMKA Sultan Azlan Shah.
RAKAN MAHIR : BENGKEL ASAS SOLEKAN BERSAMA AYANG KAMELL
IPOH, 22 Jun 2024 - Seramai 20 belia telah menghadiri Bengkel Asas Solekan yang dianjurkan di Bilik Seminar Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak hari ini. Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik asas solekan kepada para belia dan ingin mengetengahkan bidang solekan sebagai salah satu punca pendapatan.
Penceramah yang dijemput adalah Ayang Kamell, seorang pakar dalam bidang solekan yang telah lama bergiat dalam industri kecantikan. Ayang Kamell yang terkenal dengan kebolehannya dalam membuat solekan untuk artis-artis terkemuka tanah air, memberi tunjuk ajar serta kongsinya kepada peserta mengenai teknik-teknik solekan yang asas namun penting.
"Kami sangat gembira kerana mendapat peluang belajar dari seorang pakar seperti Ayang Kamell. Pengalaman beliau dalam industri solekan adalah inspirasi buat kami yang baru dalam bidang ini," kata salah seorang peserta.
Antara kemahiran yang diajar termasuklah teknik penggunaan bedak, lipstik, dan teknik highlighting yang memberi kesan wajah yang berseri-seri. Ayang Kamell turut memberi penekanan tentang pentingnya pemilihan produk solekan yang sesuai dengan jenis kulit.
Bengkel yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 2.30 petang ini turut disertai dengan sesi praktikal di mana peserta dapat mencuba sendiri teknik-teknik yang diajar. "Ini adalah langkah awal yang baik untuk kami mempelajari lebih mendalam mengenai dunia solekan" tambah peserta yang lain.
Acara berjalan lancar dengan antusiasme peserta yang tinggi dan semangat untuk mempelajari setiap pengetahuan baru dari Ayang Kamell. Bengkel ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada belia-belia dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang solekan dan memanfaatkannya dalam masa akan datang.
IPOH, 22 Jun 2024 - Sebanyak 32 pasukan futsal berentap bagi merebut kedudukan terbaik dalam Pertandingan Futsal Remaja sempena penganjuran Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024.
Program yang diadakan julung kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada Kelab Futsal Protunas Kinta dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu kelancaran pelaksanaan acara futsal ini.