PROGRAM PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PERAK
TAIPING, 4 Julai 2024 - Majlis Penutup Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perak 2024 telah disempurnakan oleh Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting.
Turut bersama adalah Pn. Hartini binti A. Jabbar Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Jabatan Belia Dan Sukan Negara, En. Ahmad Jefri bin Sabri Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Tuan Norulekhsan bin Abdul Rahim Penolong Komisioner Penjara Pusat Koreksional Kamunting, pegawai-pegawai Penjara Pusat Koreksional Kamunting, urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, tenaga pengajar IKBN Seri Iskandar, penceramah daripada PERKESO serta para peserta (prospek) Program Reben Kuning yang diraikan.
Kursus yang diadakan adalah Kursus Teknologi Elektrik (Pendawaian). Program selama 4 hari (1 - 4 Julai 2024) ini diharapkan dapat memberi peluang kepada peserta melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu prospek meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan serta membina perspektif positif masyarakat terhadap bantuan untuk meneruskan kehidupan lebih baik.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi kerajaan, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perak 2024.
#JBSNPerak
#ProjekRebenKuning
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 146
PROGRAM KEJOHANAN SILAT REMAJA DAN DINI PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 13 Julai 2024 – Karnival Silat Satria Jati Remaja dan Dini Peringkat Negeri Perak 2024 sedang di laksanakan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak. Program ini dianjurkan oleh Jati Efisyen Enterprise Bandar Pengkalan Indah Ipoh dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak (Baru)- PESAKA.
Karnival ini dilaksanakan selama dua hari sehingga 14hb Julai 2024. Seramai 213 orang terlibat menyertai Pertandingan Pencak Silat yang terdiri daripada 23 pasukan. Terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Remaja dan Kategori Dini berumur bawah 10 tahun.
Karnival Silat Satria dilaksanakan adalah bertujuan bagi mengenalpasti bakat baru dari seluruh Negeri Perak selain mengembangkan potensi diri kemampuan dan prestasi seni olahraga Pencak Silat serta secara tidak langsung dapat melestarikan budaya bangsa khususnya seni bela diri Pencak Silat Negeri Perak.
Majlis Penutup Karnival Silat Satria Jati Remaja dan Dini akan dirasmikan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Hj Paharudin Presiden PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN NEGERI PERAK (BARU) - PESAKA.
Program pada hari ini diwakili oleh Y.M Raja Nurul Shima binti Raja Omar, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta.
#JBSNPerak
#PBSDKinta
#RakanAktif
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 165
MESYUARAT FESTIVAL PRIBUMI - TEATER MUZIKAL, TINGKAH DABUS DAN GERAK LOTAH 2024
KG. GAJAH, 10 Julai 2024 - Mesyuarat penyelarasan Program Festival Pribumi telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah. Program ini merupakan anjuran Persatuan Kebudayaan Daerah Perak Tengah, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Batang Padang bersama-sama Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah / Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah. Mesyuarat kali ke-2 melibatkan Jawatankuasa program bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan pecahan tugasan dalam memastikan perjalanan program berlangsung mengikut perancangan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah, Encik Budiman bin Idris mempengerusikan mesyuarat bersama Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Perak Tengah, Encik Muhamad Redzwan bin Abdullah. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Batang Padang - Encik Azizul Azhar bin Abdul Rahman.
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#PBSDKggajah
#MalaysiaMADANI
#FestivalPribumi2024
- JBS Perak
- Hits: 144
