- JBS Perak
- Hits: 92
MESYUARAT PENYELARASAN MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) - PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS DAERAH PERAK TENGAH
SERI ISKANDAR, 22 JULAI 2024 - Satu mesyuarat penyelarasan Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Program Menyantuni Warga Emas Daerah Perak Tengah telah diadakan secara atas talian bagi membincangkan, menyelaras serta menetapkan tarikh pelaksanaan program, aktiviti dan keperluan berkaitan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini akan dilaksanakan pada 27 Julai 2024, Sabtu, bertempat di Rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar.
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah memperkenalkan inisiatif Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bertujuan bagi mendayaupayakan sukarelawan melalui latihan serta mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan sukarelawan yang efisien lagi sistematik. Selain itu ianya bertujuan menggalakkan serta melahirkan sukarelawan dari kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Aturgerak SATRIA diperkukuhkan lagi menerusi gaya hidup Rakan Muda iaitu, Rakan Prihatin bertujuan bagi melahirkan rasa empati dan simpati di kalangan golongan belia. Mobilisasi SATRIA : Program Menyantuni Warga Emas adalah platform bagi pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan yang berimpak tinggi serta memberikan manfaat kepada golongan khusus iaitu warga emas.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Zakari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil agensi rakan-rakan pelaksana yang telah dikenalpasti iaitu, Rumah Seri Kenangan, UniKL RCMP Ipoh, SMK Seri Iskandar dan Majlis Belia Daerah Perak Tengah.
#PBSDPerakTengah
#SATRIA
#RakanMudaAktif
#RakanPrihatin
#JBSNPerak
#PerakSejahtera2030
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 92
