- JBS Perak
- Hits: 114
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM BERSAMA CAWANGAN PENDIDIKAN MASYARAKAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI PERAK
IPOH, 31 Julai 2024 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai daripada Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Perak. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan ruang kerjasama dalam pelaksanaan program terutama berkaitan dengan pendidikan tentang kesedaran pencegahan rasuah dikalangan masyarakat terutama penjawat awam. Tuan Huzairi Azmer bin Ramli, Penolong Penguasa SPRM Negeri Perak telah memberi sedikit gambaran dan taklimat ringkas berkaitan program-program yang bakal dilaksanakan.
Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak amat menyambut baik hasrat daripada SPRM Negeri Perak ini dan berharap program yang bakal dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat mampu memberi impak kepada para kakitangan dan belia-belia dalam soal pengurusan dana awam.
#SPRMPerak
#JBSNPerak
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 114
