- JBS Perak
- Hits: 125
SESI KONVENSYEN DAN KAJIAN PELAN STRATEGIK PEMERKASAAN PENDIDIKAN SEJAHTERA NEGERI PERAK
IPOH, 3 Ogos 2024 - Yayasan Perak dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) kini dalam proses merangka satu kajian yang bertujuan untuk meneroka sentimen dan aspirasi kumpulan sasar dan pemegang taruh bagi menjadi asas ke arah pembentukan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak yang lebih komprehensif selari dengan arus semasa dan pada masa depan.
Objektif utama pembentukan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak adalah seperti berikut:
• Mewujudkan satu pelan yang memfokuskan pemerkasaan pendidikan yang akan menjadi hala tuju kepada agensi pelaksana dan pemegang taruh di Negeri Perak;
• Melaksana kajian yang komprehensif melalui pengumpulan data bagi mengenalpasti pernyataan masalah, isu, keperluan dan cadangan penyelesaian berkaitan usaha membangunkan pendidikan berkualiti di Negeri Perak;
• Memastikan inspirasi ‘Perak Sejahtera 2030’ dapat direalisasikan dengan wujudnya satu Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak yang tersusun
• Mengangkat Negeri Perak untuk mencapai agenda pemerkasaan pendidikan yang mempunyai hala tuju dalam melahirkan moal insan bertaraf tinggi, berkemahiran, berkepakaran tinggi dan menepati kehendak semasa.
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak selaku pemegang taruh turut terlibat di dalam konvensyen ini. Mewakili jabatan adalah En. Mohd Halifi Bin Ab Hamid, Penolong Pengarah. Pelbagai dapatan telah berjaya dikumpulkan melalui sesi perbincangan kumpulan berfokus bersama agensi-agensi, pertubuhan mahasiswa dan lain-lain organisasi.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Khairudin Bin Hj Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Semoga dapatan-dapatan ini dapat membantu ke arah pembentukan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak.
#YayasanPerak
#JBSNPerak
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 125
