MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA (MIYC) CAWANGAN BUNTONG
IPOH, 14 Ogos 2024 - Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Buntong telah dilaksanakan bertempat di Pejabat MBD Ipoh Kinta Heights Ipoh. Seramai 30 orang telah hadir ke mesyuarat berkenaan.
Tahniah kepada kepimpinan (MIYC) Buntong yang diterajui oleh saudara Khuswindera Singh a/l Tara Singh dan seluruh ahli jawatankuasa atas kejayaan menunaikan tanggungjawab pertubuhan ini.
Tetamu jemputan YBhg. Datuk Hj. Mohd Hussin bin Dato' Seri Hj. Abdullah, Penasihat Majlis Belia Daerah Ipoh dan turut hadir Y.M Raja Nurul Shima binti Raja Omar Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta mewakili Encik Mohamad Izwan bin Rojehan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta.
#PBSDKinta
#JBSNPerak
#MIYCBuntong
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 132
