- JBS Perak
- Hits: 122
JBS PERAK BENTANGKAN PERSIAPAN PARA SUKMA DAN PERANCANGAN AWAL SAMBUTAN HSN PERAK KEPADA YB EXCO
IPOH, 13 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu sesi pertemuan ringkas oleh JBS Perak yang diketuai oleh Puan Pengarah; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Encik Khairudin Abu Hanipah bertempat di Pejabat YB Exco bagi membentangkan maklumat terkini persiapan Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang diselaraskan oleh pihak jabatan dan perancangan awal Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak 2024.
*
Turut sama hadir dalam pertemuan tersebut, Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Presiden PESRON Perak; Encik Mohamad Daniel Azli, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan; Encik Nor Azam Mohd Noh dan Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBS Perak; Encik Muhammad Badry Basir.
#JBSNPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#roadtoparasukmasarawak2024
#roadtohsn2024
- JBS Perak
- Hits: 122
