- JBS Perak
- Hits: 135
PROGRAM RAKAN DIGITAL : KURSUS PENGEKODAN SIRI 2 (INTERNET OF THINGS - SMART HOME) PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 22 Ogos 2024 - Sedang berlangsung Kursus Pengekodan Siri 2 dengan tema "Internet of Things - Smart Home".
Internet of Things dalam Bahasa Malaysia, ianya dipanggil Internet Pelbagai Benda (IPB). Ianya merupakan jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau pengerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti lain atau sistem melalui Internet.
Melalui kursus hari ini, para peserta diajar tentang "coding" khas yang digunakan dalam sistem rumah pintar yang membolehkan pengguna mengawal penggunaan utiliti menggunakan internet.
Tenaga mahir khas daripada IKBN Bukit Mertajam, En. Azilan Bin Aria telah dipanggil untuk mengendalikan kursus pada hari ini.
#RakanMuda
#RakanDigital
#IoT
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 135
