PERBINCANGAN PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA(SATRIA) PERINGKAT DAERAH KAMPUNG GAJAH 2024
KG. GAJAH, 3 September 2024 - Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Kampung Gajah akan dilaksanakan pada 21 September 2024 bertempat di Pasir Salak yang akan melibatkan kerjasama komuniti setempat.
Satu perbincangan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kg Gajah bersama Tuan Haji Nor Azri bin Sokor - Ketua Kampung Pasir Salak bagi mengatur aktiviti sukarelawan yang bersesuaian dalam memastikan program dapat berjalan dengan lancar.
PENILAIAN AKHIR PERTANDINGAN KAMPUNG CONTOH PERINGKAT DAERAH KINTA
IPOH, 2-3 Sept 2024 – Penilaian Akhir Pertandingan Kampung Contoh Peringkat Daerah Kinta sedang berlangsung bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Daripada 70 buah kampung seluruh Daerah Kinta hanya empat buah kampung sahaja yang menyertai pertandingan ini. Ini sebagai usaha Pentadbiran Daerah mengenalpasti kampung yang mempunyai potensi untuk dicalonkan memasuki pertandingan kampung contoh peringkat yang lebih tinggi.
Sesi Penilaian Akhir berdasarkan kepada lima aspek penilaian mengikut kepakaran dan fungsi agensi/jabatan. Aspek ini menilai peranan JPKK/ JPKKP secara keseluruhan.
Aspek 1 Kepimpinan dan Pentadbiran di bawah Majlis Daerah Batu Gajah, Aspek 2 Keceriaan/Kebersihan dan Kemudahan Awam di bawah Majlis Daerah Batu Gajah, Aspek 3 Ekonomi Dan Keusahawanan dibawah Pejabat MARA Daerah, Aspek 4 dibawah Jati diri, Kemasyarakatan & Modal Insan Berkualiti dan Aspek 5 dibawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta.
Kesemua JPKK/JPKKP yang terlibat telah menberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi memastikan keseluruhan aspek dapat dinilai dengan baik dan mendapat tempat dihati para juri.Keputusan juri adalah muktamad.
Secara keseluruhannya penambahbaikan yang berterusan terhadap perancangan pembangunan kampung, pelaksanaan program dan aktiviti serta penglibatan para belia serta penduduk setempat secara tidak langsung akan memberikan impak positif kepada komuniti setempat serta meningkatkan imej JPKK/JPKKP amnya.
Turut hadir sebagai Panel Penilai Akhir Y.M. Raja Nurul Shima binti Raja Omar, Pegawai Unit Pembangunan Belia Daerah Kinta.
PENGARAH JBSN PERAK TINJAU PELAKSANAAN KURSUS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHAP ASAS PERINGKAT ZON 2
IPOH, 3 Sept. 2024 - Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak berkesempatan untuk meninjau pelaksanaan Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Asas Peringkat Zon 2 yang diadakan bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Dikesempatan ini, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz "online" yang berkisar tentang Rakan Muda dan kesukarelawanan.
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH BANTU BAIKPULIH KEROSAKAN TIANG GOL FUTSAL KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 3 Sept. 2024 - Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar ILP Ipoh atas keringat dan bakti dalam usaha membaikpulih tiang gol di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Kerja-kerja membaikpulih bermula seawal 9.30pagi dan selesai pada 11.30pagi. Turut hadir meninjau hasil kerja yang dilaksanakan oleh pihak ILP adalah Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak serta En. Mohd Halifi Bin Ab Hamid, Penolong Pengarah.
Semoga khidmat bakti yang telah dicurahkan ini dapat memberi manfaat kepada para pengguna gelanggang futsal Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak.
MEMANAH TEMPUR BELIA MUALLIM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
BEHRANG, 31 Ogos 2024 – Majlis Belia Daerah Muallim telah mengadakan Memanah Tempur Belia Muallim sempena Hari Kemerdekaan bertempat di DSS Futsal, Behrang 2020.
Kejohanan ini disertai oleh 12 pasukan yang terdiri daripada penduduk dan pelajar sekolah sekitar daerah Muallim. Pasukan Jebat Derhaka menjuarai pertandingan ini sekaligus membawa pulang sijil penyertaan,medal beserta wang tunai RM500.00 manakala Naib Johan Pasukan TB Alpha membawa pulang sijil penyertaan,medal dan wang tunai RM300.00. Pasukan Budak Apartment di tempat ketiga membawa pulang sijil penyertaan, medal dan wang tunai RM200.00 dan pasukan SKB Warrior membawa pulang sijil penyertaan, medal dan wang tunai RM100.00 selaku pemenang di tempat keempat.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Puan Siti Nurbaya bt Zambri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah medal dan sijil penyertaan kepada pasukan diiringi Encik Azhari bin Abdullah Sani, Pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim.
PERBINCANGAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH KAMPUNG GAJAH 2024
KG. GAJAH, 02 September 2024 - Hari Sukan Negara merupakan satu acara ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Ia bertujuan bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan bagi penggiat-pengiat sukan Malaysia.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kg Gajah telah mengadakan perbincangan kecil bagi merancang aktiviti-aktiviti HSN2024 daerah Kg Gajah yang akan dilaksanakan pada 12 Oktober 2024.
KEMAIH KOME PROGRAM OKU AKTIF @HUJUNG MINGGU NEGERI PERAK SIRI 7
SG. SIPUT, 29 Ogos 2024 - Telah berlangsung
Siri 7 Program OKU Aktif @Hujung Minggu Peringkat Negeri Perak anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Unit Pembangunan Sukan OKU dengan kerjasama Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar yang telah dilaksanakan bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Lasah, Sungai Siput.
*
Seramai 54 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Pengisian program adalah aktiviti Senamrobik & sukaneka bersama warga OKU bersama keluarga dan kakitangan JKM Daerah.
FIT MALAYSIA-FIT KOMUNITI @ HULU PERAK SIRI 8: MERDEKA FUN WALK
GERIK, 31 Ogos 2024 – Program Fit Malaysia-Fit Komuniti @ Hulu Perak Siri 8: Merdeka Fun Walk telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Acara yang dianjurkan untuk memupuk gaya hidup sihat disamping menerapkan nilai patriotisma dalam kalangan masyarakat setempat telah menarik penyertaan seramai 80 orang peserta, yang terdiri daripada ahli Qariah Surau Wan Nong di Taman Desa Permata, Gerik.
Program ini dimulakan seawal 7.30 pagi dengan aktiviti Senamrobik yang penuh bertenaga. Para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan komitmen dalam menjalani aktiviti tersebut, yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan fizikal.
Selepas senamrobik, acara diteruskan dengan Fun Walk di mana para peserta berjalan kaki sambil menikmati suasana pagi yang segar. Program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.
Program diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan kepada semua peserta, sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan sokongan mereka dalam menjayakan program ini.
Acara ini adalah salah satu inisiatif yang diambil untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat setempat, selaras dengan matlamat Fit Malaysia-Fit Komuniti. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini akan dianjurkan pada masa hadapan bagi memastikan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.
MESYUARAT KHAS YB EXCO BERSAMA PENGURUSAN KONTINJEN PARA SUKMA PERAK TETAPKAN SASARAN REALISTIK
IPOH, 2 September 2024 - Telah berlangsung satu Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Cikgu Khairudin Hj Abu Hanipah bersama pengurusan dan sekretariat Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBS Perak.