LENGGONG, 11 Sept. 2024 - HSN2024 kembali lagi dan sekali lagi akan menyemarakkan hari bersukan di seluruh negara pada 12 Oktober 2024. Dengan menekankan konsep yang sama seperti sebelum ini, fokus penyertaan HSN2024 adalah golongan Warga Emas dan OKU.
Sehubungan itu bagi memastikan HSN2024 Peringkat Daerah Lenggong berjalan lancar, gerak kerja awal telahpun bermula dengan pertemuan diantara Pn. Nurul Hanam Zabri, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Lenggong bersama Pn. Fetrah Abu Samah selaku Timbalan Pengarah HEP KKTM Lenggong.
Perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan untuk berkolaborasi bersama pihak KKTM sekali gus memilih KKTM selaku tuan rumah HSN pada tahun ini.
TAKLIMAT KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS): RENANG FASA 2 WARGA EMAS TAIPING.
TAIPING, 10 Sept. 2024 - Satu Taklimat telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Taiping bagi memberi penerangan tentang sesi latihan Fasa 2 Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Warga Emas dengan kerjasama rakan strategik Kelab Renang KuRenang dan CRC Taiping.
Seramai 40 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 60 -75 tahun telah mendaftarkan diri bagi program ini dan menghadiri sesi taklimat yang telah dijalankan. Penerangan berkenaan program terutama bab peraturan begitu ditekankan supaya latihan dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Pn Syahirah bt Kunji Mohammed bersama Ketua Jurulatih dari Kelab KuRenang, Miss Clara. Penyerahan pakaian dan peralatan renang juga telah diberikan kepada para peserta sewaktu pendaftaran.
Para peserta begitu komited ketika mendengar penerangan bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas dan teratur dalam memastikan keselamatan diri diutamakan ketika menjalani latihan.
KLAS: Renang merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) dan mengurangkan kadar kelemasan serta menggalakkan pengetahuan tentang keselamatan didalam air.
FIT KOMUNITI@KUALA KANGSAR SIRI 7 TAHUN 2024 (MENDAKI BUKIT LIMAN)
KUALA KANGSAR, 11 Sept. 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar bersama Komuniti Fitness Kuala Kangsar telah mengadakan Fit Komuniti@Kuala Kangsar Siri 7 Tahun 2024 bagi aktviti Mendaki Bukit Liman Kuala Kangsar.
Objektif program ini ialah memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada Negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina.
Penyertaan terdiri daripada Komuniti Fitness Kuala Kangsar dan masyarakat setempat. Aktiviti dimulakan dengan sesi senaman pemanasan badan dan mendaki Bukit Liman, Kuala Kangsar.
PROGRAM FIT KOMUNITI @ DAERAH SELAMA 2024 (SIRI 8)
SELAMA, 7 Sept 2024- Program Fit Komuniti Peringkat Daerah Selama Siri 8 telah diadakan di Kg Sg Jernih
Seramai 100 Peserta yang terlibat dalam aktiviti fun Walk sekitar kg Sg Jernih.
Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPKK Kg Sg Jernih dan Kelab Bola Sepak Kg Sg Jernih yang telah menyusun program ini berjalan dengan lancar.
RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI DAERAH KERIAN TAHUN 2024 (SIRI 1)
TG. PIANDANG, 7 Sept. 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian dengan kerjasama Sekolah Menegah Kebangsaan Sri Perak, Parit Buntar telah melaksanakan Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Daerah Kerian Tahun 2024 (Siri 1) bertempat di Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak.
Program ini bermula 7.30 pagi dengan sesi regangan otot, disusuli taklimat ringkas dan kemudiannya peserta berjalan sambil mengutip sampah di sekitar kawasan ban pecah.
Syabas dan tahniah kepada pelajar asrama Sekolah Menegah Kebangsaan Sri Perak, Parit Buntar telah berjaya mengutip sampah sebanyak 1 lori dalam masa 3 jam.
PROGRAM RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MANJUNG
TELUK BATIK, 7 Sept. 2024 - Telah berlangsung program Rakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Manjung 2024.Bersama belia - belia dari Unikl Mimet, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional menjaga alam sekitar.
Program di rasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung, En Azlan bin Hussain.
EKSPEDISI INTEGRASI KAYAK HARI 3: MENEROKA ALAM, MENGUKUH UKHUWAH DAN BERBAKTI KEPADA KOMUNITI
TAMBUN TULANG, 11 Sept. 2024 – Hari ketiga ekspedisi kayak dari Tambun Tulang, Perlis menuju muara Sungai Baru, Perlis telah berjaya disempurnakan dengan penuh cabaran. Seramai 80 peserta dan urusetia ekspedisi ini terus menunjukkan semangat yang luar biasa dalam menghadapi rintangan di sepanjang perjalanan.
Perjalanan dimulakan seawal pukul 9.00 pagi, walaupun cuaca mendung pada waktu pagi, namun tidak mematahkan semangat para peserta. Dengan dedikasi yang tinggi, mereka menyusuri laluan sungai yang semakin mencabar, melalui beberapa jambatan kecil dan arus sungai yang semakin deras apabila menghampiri muara. Arus deras pada hari ketiga ini menguji kemahiran mendayung setiap peserta.
Setelah tamat beraksi di air, para peserta terus menuju ke Masjid Kampung Sungai Baru, Perlis untuk menjalankan aktiviti gotong-royong. Para peserta ekspedisi dengan sukarela menyinsing lengan dan membantu membersihkan kawasan masjid, memotong rumput, memangkas pokok bunga, mencuci lantai, serta memperbaiki kerosakan kecil pada bangunan. Ekspedisi hari ketiga diserikan dengan kehadiran En. Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Hari keempat dijangka bakal lebih mencabar dengan laluan yang menuju ke laut menghala ke Kuala Perlis. Namun, para peserta kekal optimis dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.
EKSPEDISI INTEGRASI KAYAK HARI 2: PESERTA EKSPEDISI KAYAK BERJAYA HARUNGI ARUS SUNGAI TAMBUN TULANG DAN LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT
ARAU, 10 Sept. 2024 - Pada hari kedua ekspedisi kayak, peserta memulakan perjalanan dari Sungai Kodiang ke Kampung Che Ok. Sepanjang perjalanan, peserta berhadapan dengan arus sungai serta beberapa kawasan yang mencabar, memerlukan peserta mengangkat kayak untuk melepasi beberapa halangan. Walaupun terdapat beberapa insiden kecil seperti kayak bertembung, semua peserta selamat dan meneruskan perjalanan dengan bantuan pasukan sokongan yang sentiasa bersedia.
Sepanjang laluan dari Kodiang ke Tambun Tulang, para peserta disajikan dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau. Tebing sungai dipenuhi dengan kehijauan tumbuhan dan peserta turut menikmati pemandangan sawah padi dan kawasan kampung yang tenang. Beberapa peserta mengambil masa untuk berhenti dan merakam gambar suasana yang indah, menambahkan lagi kenangan indah sepanjang ekspedisi ini.
Setibanya di Kampung Che Ok, peserta tidak hanya menamatkan perjalanan kayak, tetapi juga terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat. Mereka bersama penduduk kampung bergotong-royong membuat garisan untuk gelanggang bola tampar dan sepak takraw di kawasan kampung. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan sukan untuk penduduk tempatan, tetapi juga merapatkan hubungan antara peserta dan masyarakat setempat.
Setelah menamatkan hari kedua dengan kejayaan dalam ekspedisi kayak serta aktiviti khidmat masyarakat, peserta kini bersiap sedia untuk menghadapi cabaran hari ketiga. Laluan yang bakal mereka tempuhi akan melalui arus sungai lebih mencabar, dan para peserta dijangka akan berusaha lebih keras untuk memastikan mereka dapat menamatkan ekspedisi ini dengan selamat.
"Dalam ekspedisi, bukan kelajuan yang penting, tetapi ketahanan untuk terus bergerak ke hadapan disamping menghayati keindahan alam."
EKSPEDISI INTEGRASI KAYAK 2024 HARI 1: SESI PENGENALAN DAN TAMBAHAN ILMU
ARAU, 9 Sept 2024 - Bertempat di My Home Village, Arau Perlis seramai 80 orang peserta dan urusetia telah mendaftarkan diri untuk menyahut cabaran dalam Ekspedisi Integrasi Kayak 2024.
Ekspedisi yang dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JSBN) dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Perlis ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat di samping menggalakkan belia untuk melibatkan diri dalam sukan air.
Para peserta ekspedisi terdiri daripada pegawai-
pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama belia-belia penggiat sukan rekreasi air. Turut hadir bagi mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak adalah Encik Mohamad Shubli bin Saleh dan Encik Muhammad Nor Azman bin Mohd Nadzri dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak (Gerik).
Ekspedisi akan berlangsung selama 3 hari melibat jarak 57 km bermula dari Pekan Kodiang Lama menuju ke Kuala Perlis. Di hari pertama peserta diberikan taklimat berkenaan ekspedisi, pengenalan berkaitan ekspedisi kayak, asas renang dan juga taklimat untuk ekspedisi hari pertama.
Selesai hari 1!.
"Langit mungkin mendung, tetapi jangan biarkan semangatmu redup. Teruskan kayuhan hingga ke penamat!"