RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI DAERAH KERIAN TAHUN 2024 (SIRI 2)
KUALA KANGSAR, 14 Sept. 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Parit Buntar dan Angkatan Belia MFLS Negeri Perak telah melaksanakan Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Daerah Kerian Tahun 2024 (Siri 2) bertempat di, Taman Eko Rimba, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
Program ini bermula 7.30 pagi dengan sesi senamrobik, disusuli taklimat ringkas dan kemudianya peserta berjalan sambil mengutip sampah bermula dari simpang masuk utama sehingga ke tapak parkir kenderaan di Taman Eko Rimba Ulu Kenas.
40 orang dari perserta program Plogging Kominiti Siri 2 Daerah Kerian ini juga diberi penghormatan untuk menjalani kaji selidik berkaitan potensi pelancongan di Taman Eco Rimba Ulu Kenas yang dilaksanakan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta program atas pengliabtan dan sumbangan anda dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
#RakanMuda
#RakanBumi
#Plogging
#JBSNPerak
#PerakSejahtera2030
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 138
