PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 - KAMI SEDIA BERJUANG!
KUCHING, 21 Sept. 2024 - Kontinjen negeri Perak telahpun tiba di negeri Sarawak 'Bumi Kenyalang'. Ketibaan kontinjen Perak telah disambut mesra oleh sukarelawan-sukarelawan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Para atlet kelihatan teruja dan gembira sebaik sahaja menjejakkan kaki di Bandaraya Kuching yang cukup indah ini.
Kepada semua atlet, rehatlah secukupnya kerana kita ada misi penting di negeri ini. Semoga semua atlet Para SUKMA Perak kekal sihat dan cergas dalam merebut tempat terbaik dalam Temasya Para SUKMA edisi kali ini..
BELANG TARUNG TIGA WARNA!
#KejorYobKejor
#SilverToGold
#SegalanyaDemiNegeriPerak
#PerakSejahtera2030
- JBS Perak
- Hits: 120
