- JBS Perak
- Hits: 105
DAERAH LARUT MATANG JOHAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PING PONG BERPASUKAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
FALIM, 14 September 2024 - Tahniah‼️ Daerah Larut Matang mutlak dinobatkan sebagai juara baharu Kejohanan LSK Ping Pong Berpasukan Peringkat Negeri Perak 2024 dan akan mewakili Negeri Perak ke Kejohanan LSK Kebangsaan 2024 yang dijangka akan dilangsungkan pada penghujung Oktober ini.
*
Daerah Larut Matang muncul juara setelah berjaya mengenepikan cabaran Daerah Kerian dalam satu perlawanan akhir yang sengit dan mendebarkan. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta; Encik Muhammad Izwan Rojehan.
*
Tahniah semua pemenang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan LSK Perak 2024. Berikut adalah keputusan penuh LSK Ping Pong Berpasukan Perak 2024:
Johan : Larut Matang
N. Johan : Kerian
Ketiga : Manjung
Keempat : Pengkalan Hulu
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#lsknegeriperak2024
#ligasukankomuniti2024
- JBS Perak
- Hits: 105
