- JBS Perak
- Hits: 121
PENYERAHAN JERSI PASUKAN DAERAH PERAK TENGAH KE PERTANDINGAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024
SERI ISKANDAR, 12 Sept. 2024 - Pertandingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 akan diadakan pada 14 September 2024 (Sabtu) di sekitar Ipoh dan Kampar. Sehubungan itu, satu sesi penyerahan jersi kepada pasukan yang akan mewakili Daerah Perak Tengah telah diadakan di Pejabat Pegawai Daerah sebentar tadi.
Sebanyak 3 pasukan bagi acara Bola Tampar Wanita, Sepak Takraw Regu dan Ping Pong Berpasukan Campuran akan mewakili Daerah Perak Tengah ke pertandingan tersebut. Penyerahan jersi telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah merangkap, Pengerusi Majlis Sukan Daerah Perak Tengah. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang berjaya menjadi johan di peringkat Daerah dan turut mendoakan kejayaan setiap pasukan yang akan bertanding di Peringkat Negeri kelak.
Turut hadir bersama ketika sesi penyerahan jersi ini ialah, Encik Ahmad Syafiq bin Ahmad Zakari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah merangkap Ketua Kontinjen, Encik Mohd Faiz bin Mohd Said selaku Pegawai Unit Sukan, merangkap Ketua Urusetia Kontinjen Daerah Perak Tengah. Encik Mohd Haizal bin Abu Shahar, Puan Aziera binti Madzadlan dan Puan Nur Hidayah binti Ismail.
Seluruh warga PBSD Perak Tengah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terlibat.
#PBSDPT
#PBSDPerTh
#TeamKBS
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#MalaysiaMadani
#PerakSejahtera2030
- JBS Perak
- Hits: 121
