- JBS Perak
- Hits: 139
HSN NEGERI PERAK 2024 BAKAL HADIRKAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK UNTUK WARGA NEGERI PERAK
IPOH, 11 September 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Perak 2024 yang akan dilaksanakan perasmiannya serentak diseluruh negara pada hari Sabtu 12 Oktober 2024.
*
Satu Mesyuarat Penyelarasan Induk HSN Perak 2024 bersama agensi dan rakan strategik telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBS Perak dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Cikgu Khairudin Hj. Abu Hanipah.
*
Taklimat Sambutan HSN Perak 2024 dan perancangan aktiviti kepada semua agensi dan rakan strategik yang hadir telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Turut bersama, Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan.
*
Sebanyak 25 aktiviti menarik dan meliputi 7 segmen utama akan dibawakan dalam Sambutan HSN Perak 2024 kali ini yang akan dilaksanakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Majlis Perasmian HSN Perak 2024 juga dijangka akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak. HSN kini kembali lagi, jangan lepaskan peluang untuk terus amalkan gayahidup sihat!!
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#PerakSejahtera2030
#HariSukanNegara2024
#HSNPerak2024
- JBS Perak
- Hits: 139
