PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL GALAH PANJANG SEMPENA PROGRAM BELIA MERDEKA NEGERI PERAK 2024
IPOH, 14 Sept. 2024 - Sedang berlangsung Pertandingan Galah Panjang Sempena Program Belia Merdeka Negeri Perak 2024
Sukan tradisional seperti ini semakin dilupakan oleh generasi muda. Justeru, jabatan mengambil inisiatif membawa sukan Galah Panjang ini sebagai salah satu acara demi menarik minat generasi muda terhadap sukan ini.
Sebelum pertandingan dimulakan, satu sesi taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia tentang cara permainan Galah Panjang. Para peserta nyata seronok dan gembira dalam mencuba permainan tradisi ini.
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) SEPAK TAKRAW PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 14 September 2024 - Sedang berlangsung Kejohanan LSK Sepak Takraw Peringkat Negeri Perak 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh.
*
17 pasukan Sepak Takraw mewakili Daerah masing-masing dari seluruh Negeri Perak akan bersaing merebut kejuaraan LSK Perak bagi mencari Juara terbaik yang akan ke peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Perak pada penghujung Oktober ini nanti.
*
Jabatan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga semua pasukan yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan adil. Majulah sukan untuk negara, demi Perak tercinta‼️
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PING PONG BERPASUKAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
FALIM, 14 September 2024 - Sedang berlangsung Kejohanan LSK Ping Pong Berpasukan Peringkat Negeri Perak 2024 bertempat di Aeon Big Mall, Falim.
*
17 pasukan Ping Pong Berpasukan mewakili Daerah masing-masing dari seluruh Negeri Perak akan bersaing merebut kejuaraan LSK Perak bagi mencari Juara terbaik yang akan ke peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Perak pada penghujung Oktober ini nanti.
*
Jabatan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga semua pasukan yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan adil. Majulah sukan untuk negara, demi Perak tercinta‼️
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BOLA TAMPAR WANITA PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
KAMPAR, 14 September 2024 - Sedang berlangsung Kejohanan LSK Bola Tampar Wanita Peringkat Negeri Perak 2024 bertempat di Sport Complex Grand Kampar, Kampar.
*
17 pasukan Bola Tampar Wanita mewakili Daerah masing-masing dari seluruh Negeri Perak akan bersaing merebut kejuaraan LSK Perak bagi mencari Juara terbaik yang akan ke peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Perak pada penghujung Oktober ini nanti.
*
Jabatan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga semua pasukan yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan adil. Majulah sukan untuk negara, demi Perak tercinta‼️
PENGARAH JBSN PERAK SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BELIA MERDEKA NEGERI PERAK 2024
IPOH, 14 Sept. 2024 - Telah berlangsung majlis perasmian Program Belia Merdeka Negeri Perak 2024. Upacara perasmian ini telah disempurnakan oleh Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak.
Rata-rata peserta Program Belia Merdeka Negeri Perak hadir dalam keadaan penuh ceria dan bersemangat dalam mengikuti aturcara majlis yang telah disusun oleh pihak urusetia. Antara pengisian majlis perasmian ini adalah Bacaan Ikrar Rukun Negara, persembahan Deklamasi Sajak Merdeka dan persembahan Puisi Merdeka. Penyampaian 10 hadiah kepada peserta Larian Merdeka (yang memakai busana terbaik) dan penyampaian hadiah cabutan bertuah turut disampaikan melalui majlis ini.
Puan Pengarah dalam ucapan beliau amat berharap generasi belia masa kini terus memupuk dan membina jati diri yang unggul dalam memastikan semangat jiwa merdeka terus menebal dalam sanubari.
Diakhir majlis, para peserta telah menyanyikan lagu-lagu patriotik secara beramai-ramai dengan penuh semangat. Semoga program ini dapat memupuk nilai patriotisme yang tinggi dalam diri para belia negeri Perak khususnya!
PROGRAM BELIA MERDEKA NEGERI PERAK 2024 - LARIAN BELIA MERDEKA DIMULAKAN
IPOH, 14 Sept. 2024 - Program Belia Merdeka Negeri Perak 2024 telah pun bermula. Aktiviti sesi pagi dimulakan dengan Larian Belia Merdeka. Melalui larian ini, para peserta diminta mengenakan pakaian / busana tradisional atau bertemakan kemerdekaan.
Seramai 300 orang peserta telah menyertai aktiviti larian pada pagi ini. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak. Turut bersama-sama Pn. Nor Azah adalah Tn. Hj. Munir Bin Aliyasak, Timb. Pengarah dan En. Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Pen. Pengarah Kanan.
Para peserta yang mengenakan busana terbaik bakal menerima hadiah berupa "Gold Coin" dan hadiah-hadiah lain yang pastinya menarik.
PERSIAPAN TEMPAT DAN RAPTAI PROGRAM BELIA MERDEKA PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 13 Sept. 2024 - Tn. Hj. Munir Bin Aliyasak, Timbalan Pengarah JBSN Perak telah hadir ke Dewan Serbaguna, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak bagi memantau persiapan tempat Program Belia Merdeka Negeri Perak 2024. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Majlis Belia Negeri Perak dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak melalui bantuan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Dikesempatan ini juga, Tn. Hj. Munir turut memantau dan memberi beberapa pandangan semasa raptai acara perasmian dijalankan. Turut hadir, En. Mohd Halifi Bin Ab Hamid, Penolong Pengarah.
Moh kome, sama-sama meramaikan Program Belia Merdeka esok. Program bermula seawal jam 7.00pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk belia-belia negeri Perak khususnya!
MAJLIS PENYERAHAN JERSI KONTINJEN DAERAH SUNGAI SIPUT SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
SUNGAI SIPUT (U), 13 Sept. 2024 - Majlis penyerahan jersi kontinjen bersama pengurus pasukan daerah bagi acara Bola Tampar Wanita, Sepak Takraw dan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Perak 2024 telah diadakan di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput, Encik Nik Azan Bin Nik Mohamed. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen yang amat baik daripada pengurus pasukan. Selamat berjuang kepada semua pasukan yang terlibat.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH RAKAN MASJID DAERAH PERAK TENGAH 2024
SERI ISKANDAR, 10 September 2024 - Satu mesyuarat penyelarasan program telah diadakan pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman.
Program ini telah dizahirkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan sidang DUN Negeri Perak pada 23 Februari 2024 yang lalu. Dalam titah ucapan Tuanku, baginda menzahirkan agar pengimarahan masjid yang lebih dinamik perlu dilaksanakan bagi menarik penglibatan golongan belia dan anak muda. Selain itu, masjid juga dapat dijadikan sebagai pusat kegiatan masyarakat yang meliputi aktiviti ekonomi, riadah, sukan dan sosial masyarakat setempat.
Pelaksanaan program Jelajah Rakan Masjid ini juga telah dipersetujui dalam Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 25 April 2024 dan melibatkan sebanyak 18 masjid dalam Negeri Perak telah dipilih bagi tahun 2024. Bagi Daerah Perak Tengah sebanyak 2 masjid telah dipilih iaitu Masjid As-Siddiq, Iskandar Perdana (19 Oktober 2024) dan Masjid Radhiatul Mardhiah, Parit (26 Oktober 2024).
Antara pengisian aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini ialah Fit Komuniti, Plogging, Sukan Elektronik (e-sport), Pameran Agensi dan lain-lain aktiviti. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Perak Tengah.