- JBS Perak
- Hits: 134
DAERAH KINTA JOHAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BOLA TAMPAR WANITA PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
KAMPAR, 14 September 2024 - Tahniah‼️ Daerah Kinta mutlak dinobatkan sebagai juara baharu Kejohanan LSK Bola Tampar Wanita Peringkat Negeri Perak 2024 dan akan mewakili Negeri Perak ke Kejohanan LSK Kebangsaan 2024 yang dijangka akan dilangsungkan pada penghujung Oktober ini.
*
Daerah Kinta muncul juara setelah berjaya mengenepikan cabaran Daerah Larut Matang dalam satu perlawanan akhir yang sengit dan mendebarkan. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Rakan Muda; Encik Muhammad Hafis Noraini.
*
Tahniah semua pemenang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan LSK Perak 2024. Berikut adalah keputusan penuh LSK Bola Tampar Wanita Perak 2024:
Johan : Kinta
N. Johan : Larut Matang
Ketiga : Hilir Perak
Keempat : Kerian
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#lsknegeriperak2024
#ligasukankomuniti2024
- JBS Perak
- Hits: 134
