- JBS Perak
- Hits: 139
YB HANNAH YEOH SANTUNI TIMBALAN DAN PENOLONG PENGARAH (SUKAN) SERTA PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN OKU (POKU) JBS NEGERI
PETRA JAYA, 22 Sept. 2024 - Usai Majlis Perasmian Pembukaan Para SUKMA XXI Sarawak yang diadakan bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Menteri Belia dan Sukan; YB Hannah Yeoh telah berkesempatan mengadakan satu pertemuan khas bersama semua Timbalan dan Penolong Pengarah (Sukan) serta Pegawai Pembangunan Sukan OKU (POKU) JBS Negeri dari seluruh negara bagi mengucapkan terima kasih atas segala komitmen yang telah dicurahkan mereka bagi memastikan semua kontinjen Para SUKMA seluruh negara dapat hadir dan menyertai Temasya Para SUKMA pada kali ini di Bumi Kenyalang, Sarawak.
Beliau juga memaklumkan kepada semua untuk terus mengekalkan momentum yang baik ini dan menyatakan pihak kementerian akan berusaha membantu sebaik mungkin agar pembangunan sukan OKU dapat dipertingkatkan lagi dengan bantuan dana yang lebih baik pada masa akan datang.
Turut bersama, KSU KBS; YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, KP JBSN; YBhg. Tuan Mohd Azhari Mohamad dan CEO Para SUKMA Sarawak 2024; YBhg. Datu Hii Chang Kee.
#KejorYobKejor
#parasukmasarawak2024
#SilVerToGoLd
#BelangTarungTigaWarna
- JBS Perak
- Hits: 139
