GELANGGANG MEMANAH PARA SUKMA XXI SARAWAK TELAH DIBUKA!
KUCHING, 23 Sept. 2024 – Acara Memanah Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bermula pada hari ini. Atlet-atlet kelihatan bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan cabaran bertanding dalam kategori masing-masing.
Antara kategori yang dipertandingkan serta melibatkan atlet negeri Perak pada hari ini adalah:
Pusingan Kelayakan – Compound & Recurve
Turut hadir memberikan sokongan kepada para atlet adalah YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak serta Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Ketua Kontinjen.
GELANGGANG CATUR PARA SUKMA XXI SARAWAK TELAH DIBUKA!
KUCHING, 23 Sept. 2024 – Acara Catur Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bermula pada hari ini. Atlet-atlet catur kelihatan bersemangat dan teruja untuk meneruskan cabaran bertanding dalam kategori masing-masing.
Antara kategori yang dipertandingkan pada hari ini adalah: STANDARD – INDIVIDU – B1 STANDARD – INDIVIDU – B2 - B3 STANDARD – INDIVIDU – PI STANDARD – BERPASUKAN – B1 STANDARD – BERPASUKAN – B2 - B3 STANDARD – BERPASUKAN – PI
Turut hadir memberikan sokongan kepada para atlet adalah YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak serta YB Dato’ Mohd Zaki Bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak.
KUCHING, 23 Sept. 2024 - Aksi-aksi atlet Ping Pong bersaing di Temasya Para SUKMA XXI Sarawak turut disaksikan oleh En. Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Timbalan Ketua Kontinjen.
MOHD AFNAN TEPATI RAMALAN BAWA PULANG PINGAT EMAS UNTUK KONTINJEN PERAK
PETRA JAYA, 23 Sept. 2024 - Tahniah! Tahniah! Mohd Afnan Azhar tepati ramalan untuk merangkul Pingat Emas bagi acara olahraga, kategori lempar cakera F40.
Majlis penyampaian pingat telah disempurnakan oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Semoga kemenangan Mohd Afnan ini menjadi pemangkin kepada sahabat-sahabat atlet yang lain untuk terus berjuang mencipta kejayaan bagi kontinjen negeri Perak!
PASUKAN MEMANAH COMPOUND NEGERI PERAK HADIRKAN PINGAT BERMAKNA BUAT KONTINJEN
PETRA JAYA, 23 Sept. 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada pemanah-pemanah Compound handalan negeri Perak atas kejayaan menyumbang pingat Emas, Perak dan Gangsa kepada kontinjen negeri Perak mengikut kategori masing-masing.
Berikut adalah penerima pingat acara memanah pada hari ini:
1. EMAS - Nur Farha Binti Abdul Hamid (Compound Wanita)
2. PERAK - Kumar a/l Krishnan (Compound Lelaki)
3. GANGSA - Megat Nur Izzat Faiz Bin Megat Noor Azre (Compound Lelaki)
Penerima-penerima pingat turut diberikan insentif segera kemenangan iaitu RM300.00 untuk pingat emas, RM200.00 pingat perak dan RM100.00 pingat gangsa. Turut hadir meraikan kemenangan atlet-atlet memanah adalah YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak bersama Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Ketua Kontinjen.
SESI PENYESUAIAN TEMPAT DAN GELANGGANG PASUKAN TENPIN BOLING PARA SUKMA NEGERI PERAK
KUCHING, 23 Sept. 2024 - Pasukan Tenpin Boling Para SUKMA Negeri Perak telah hadir ke sesi penyesuaian gelanggang pada hari ini. Sesi ini turut digunakan sebaiknya oleh para pemain untuk beradaptasi dengan suasana sebenar hari pertandingan.