KUNJUNGAN CDM PARA SUKMA PERAK KE VENUE LATIHAN PASUKAN CATUR PARA NEGERI PERAK
IPOH, 7 September 2024 - Pasukan Catur Para SUKMA Perak menerima kunjungan Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan yang juga CDM kontinjen Para Negeri Perak ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 pada kali ini.
*
Puan Pengarah telah hadir melihat persiapan dan persediaan pasukan di venue latihan pasukan bertempat di Aisha DNI Agro Resort, Ipoh. Beliau turut menitipkan kata semangat kepada pihak pengurusan dan para atlet yang berlatih agar dapat menjaga diri serta mempertingkatkan latihan supaya dapat memberikan aksi yang terbaik di Sarawak nanti. Turut sama hadir Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBS Perak; Encik Muhammad Badry Basir.
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#roadtoparasukmasarawak2024
- JBS Perak
- Hits: 117
