- JBS Perak
- Hits: 110
MESYUARAT PENYELARASAN DAN SESI UNDIAN KUMPULAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 5 September 2024 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan dan Sesi Undian Kumpulan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2024 yang diadakan secara hibrid bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
*
LSK Peringkat Negeri Perak 2024 ini adalah kesinambungan daripada LSK Peringkat Daerah yang telah bermula pada bulan Julai hingga Ogos yang lalu di seluruh Negeri Perak.
*
Terdahulu, kesemua tujuh belas (17) PBSD dan wakil pengurus pasukan setiap sukan turut bersama secara maya di atas talian mengikuti proses mesyuarat dan pengundian yang dilangsungkan. Turut hadir wakil dari Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak, Persatuan Ping Pong Negeri Perak dan Persatuan Bola Tampar Negeri Perak selaku rakan strategik dan teknikal bagi pelaksanaan LSK Perak 2024 kali ini.
*
Untuk makluman, LSK Perak 2024 akan mempertandingkan tiga (3) jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Bola Tampar Wanita dan Ping Pong Berpasukan Campuran. Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 14 September 2024 (Sabtu) di tiga (3) venue berbeza iaitu:-
✅Sepak Takraw - KOMBES Perak
✅Bola Tampar Wanita - Dewan SMK ACS, Kampar & Gelanggang Bola Keranjang MD Kampar
✅Ping Pong Berpasukan Campuran - Aeon Big Mall, Falim
*
Juara setiap acara sukan pada LSK Peringkat Negeri Perak 2024 kali ini akan mewakili Kontinjen Negeri Perak ke Kejohanan LSK Peringkat Kebangsaan 2024 yang dijangka akan dilangsungkan pada penghujung Oktober 2024 nanti. Selamat Maju Jaya semua yang bertanding. Demi Negeri Perak‼️
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#roadtoHSN
#fitmalaysia
#cergasbersama
#ligasukankomuniti2024
- JBS Perak
- Hits: 110
