PENGARAH JBS PERAK SANTUNI JELAJAH FIT MALAYSIA @KOA NEGERI PERAK 2024
SG. SIPUT, 25 Ogos 2024 - Meriah dan muhibbah suasana yang dapat digambarkan sempena program Jelajah Fit Malaysia @KOA Peringkat Negeri Perak 2024 yang telah dilangsungkan bertempat di Perkampungan Orang Asli Yum, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia.
*
Pelbagai aktiviti menarik telah dijayakan sempena program tersebut antaranya senamrobik, sukaneka, program tukar minyak hitam motor percuma, pertandingan karaoke, pameran permotoran jentera 4WD, pameran produk rakan strategik, jualan, pertandingan sukan dan banyak lagi yang dapat disertai hampir 300 orang warga KOA Yum dari pelbagai peringkat usia.
*
Kesudian Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan untuk hadir ke program tersebut menunjukkan pihak Jabatan sentiasa menyokong sebarang bentuk program Kementerian Belia dan Sukan bersama rakan strategik seperti Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia yang dapat menggalakkan pembudayaan gayahidup sihat kepada semua golongan, kaum dan usia serta tidak ketinggalan terutamanya kepada Kaum Orang Asli di Negeri Perak.
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#komunitiorangasli
#fitmalaysiakoa
#persatuanpacuanempatrodakebangsaan
#jiwamerdeka2024
- JBS Perak
- Hits: 176
