BAGAN DATUK, 17 Ogos 2024 - Jam 3.30 Petang telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Bagan Datuk Tahun 2024 Siri 1 di Kompleks Sukan Bagan Datuk.
Program kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk yang melibatkan seramai 35 orang anggota polis. Program ini juga dihadiri sendiri oleh Supt. Mohammad Ali bin Mohd Jali Ketua Polis Daerah Bagan Datuk.
Terima kasih semua !! Kita jumpa siri akan datang !!
KUALA KANGSAR, 25 Ogos 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan FitKomuniti @ Kuala Kangsar bagi aktviti Senamrobik di Dewan Orang Ramai, Pekan Kati Kuala Kangsar.
Objektif program ini adalah untuk memberi sokongan sebagai penghargaan kepada masyarakat yang mengutamakan kesihatan, kecergasan fizikal dan kecerdasan mental melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi.
Sesi senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Hajar binti Mohd Ghazali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar. Peserta seramai 60 orang terdiri daripada ahli KRT serta penduduk setempat sekitar Pekan Kati dan juga penggiat kecergasan daerah Kuala Kangsar.
PPK (SUKAN) TUTUP PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU WALKING FOOTBALL PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 25 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Pembangunan Sukan Baharu Walking Football anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Bolasepak Wanita Femi9 dan Kelab Sukan Walking Football Universiti Malaya yang diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
*
Majlis penutupan serta penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBS Perak. Seramai 40 orang peserta telah berjaya mengharungi program yang memberikan maklumat dan teori berkaitan sukan baharu yang diperkenalkan.
PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU WALKING FOOTBALL PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 25 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Pembangunan Sukan Baharu Walking Football anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Bolasepak Wanita Femi9 dan Kelab Sukan Walking Football Universiti Malaya yang diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
*
Seramai 40 orang peserta bertuah dari seluruh Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam program yang julung kali diadakan ini. Disamping pengenalan, peraturan permainan dan teori kepada sukan tersebut, para peserta turut diberikan peluang merasai pengalaman bermain secara kompetitif didalam pertandingan kecil yang diadakan oleh pihak penganjur.
TERHIBUR PROGRAM OKU AKTIF @HUJUNG MINGGU NEGERI PERAK SIRI 6
SG. SIPUT, 23 Ogos 2024 - Telah berlangsung
Siri 6 Program OKU Aktif @Hujung Minggu Peringkat Negeri Perak anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Unit Pembangunan Sukan OKU dengan kerjasama Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar yang telah dilaksanakan bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Lasah, Sungai Siput.
*
Seramai 47 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Pengisian program adalah aktiviti Senamrobik & sukaneka bersama warga OKU bersama keluarga dan kakitangan JKM Daerah.
FLAG OFF TEAM 4WD PROGRAM JELAJAH KEDUA FIT KOA 2024 DI NEGERI PERAK
IPOH, 24 Ogos 2024 - Telah berlangsungnya sesi Flag Off konvoi Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh mewakili Pengarah JBS Perak bertempat di Perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
*
Konvoi ini yang diperkuatkan dengan 15 buah jentera 4WD akan bergerak ke tapak pelaksanaan Program Siri Jelajah ke-2 Fit KOA 2024 iaitu di Perkampungan Orang Asli Pos Yum, Sungai Siput (U), Kuala Kangsar, Perak.
*
Turut hadir sama dalam sesi pelepasan, Presiden Pacuan Empat Roda Malaysia; Encik Mohd Khairol Nizam Mohamad Ibrahim Khan dan Pengurus KOMBES Perak; Encik Muhammad Hj. Mat Zain.
PROGRAM JELAJAH RAKAN MASJID PERINGKAT DAERAH SELAMA 2024
SELAMA, 24 Ogos 2024 – Program Jelajah Rakan Masjid @ Selama 2024 telah diadakan di Masjid Tuan Haji Yunus, Sungai Segar bagi mengimarahkan masjid sebagai institusi pembangunan ummah seterusnya menarik penglibatan masyarakat khususnya golongan belia dan anak muda melalui aktiviti belia, rakan muda dan sukan.
Pelbagai aktiviti berkaitan belia, sukan dan rakan muda telah dijalankan termasuk acara pertandingan, aktiviti kerohanian, khidmat kaunter agensi dan aktiviti jualan.
Dianggarkan seramai 200 orang telah hadir ke masjid bagi menyertai aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Sepak Penalti, Pertandingan Bilal Muda, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Congkak, Pertandingan E-Sport Fifa, Tazkirah bertajuk "Anda Bijak Jauhi Maksiat " di samping berurusan di kaunter agensi yang hadir. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1 petang ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari Masjid Tuan Haji Yunus selaku tuan rumah pada kali ini. Terima kasih sekali lagi buat Pejabat Agama Islam Daerah Selama, Masjid Tuan Haji Yunus Sg Segar, Majlis Belia Daerah Selama dan Sahabat Dakwah selama di atas kerjasama yang mantap dalam menjayakan program ini.
FIT MALAYSIA @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SUNGAI SIPUT (U) 2024 SIRI 3
SUNGAI SIPUT (U), 24 Ogos 2024 - Telah berlangsung Fit Malaysia @ Komuniti Peringkat Daerah Sungai Siput (U) 2024 Siri 3 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Jalong bersempena dengan Program Moh Ke Jalong yang dianjurkan oleh PIBG SK Jalong dengan kerjasama MAYC Kawasan Sungai Siput (U).
Program ini dimulakan dengan acara senamrobik oleh Team Linda Fitness dan diikuti dengan Larian Merentas Desa serta Pertandingan Memanah Tradisional. Perasmian program disempurnakan oleh Encik Voon Kai Cheng Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jalong merangkap Pegawai Khas ADUN Jalong. Hadir bersama Encik Nik Azan Bin Nik Mohamed wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput (U) yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Acara Larian Merentas Desa.
LAWATAN PEMERIKSAAN ASET KERAJAAN DI PBSD KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar, 21 Ogos 2024 (Rabu) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar telah menerima kunjungan Pegawai Pemeriksa Aset Alih dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu Encik Mohamad Izwan Bin Rojehan dan Encik Ahmad Shafiq Bin Ahmad Zakiri.
Sebanyak 63 harta modal dan asset bernilai rendah telah diperiksa oleh Encik Mohamad Izwan Bin Rojehan dan Encik Ahmad Shafiq Bin Ahmad Zakiri untuk memastikan aset di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar berada dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan.