- JBS Perak
- Hits: 105
KUNJUNGAN CDM PARA SUKMA PERAK KE VENUE LATIHAN PASUKAN MEMANAH PARA NEGERI PERAK
IPOH, 11 Ogos 2024 - Pasukan Memanah Para SUKMA Perak menerima kunjungan Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan yang juga CDM kontinjen Para Negeri Perak ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 pada kali ini.
*
Puan Pengarah telah hadir melihat persiapan dan persediaan pasukan di venue latihan psukan bertempat di Lapang Sasar Memanah, Padang Veterinar, Ipoh. Beliau turut menitipkan kata semangat kepada pihak pengurusan dan para atlet yang berlatih agar dapat menjaga diri serta mempertingkatkan latihan supaya dapat memberikan aksi yang terbaik di Sarawak nanti. Turut sama hadir Presiden PESRON Perak; Encik Mohamad Daniel Azli dan Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBS Perak; Encik Muhammad Badry Basir.
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#roadtoparasukmasarawak2024
- JBS Perak
- Hits: 105
